Sunday, December 10, 2023

Pokok Herba Sambung Nyawa

 

"Pokok herba sambung nyawa" merujuk kepada tumbuhan herba yang dikenali sebagai Gynura procumbens. Tumbuhan ini juga dikenali dengan pelbagai nama tempatan seperti "Daun Dewa," "Sambung Nyawa," atau "Akar Sebiak." Ia biasanya ditemui di kawasan tropika dan digunakan dalam perubatan tradisional di beberapa kawasan Asia.

Beberapa potensi manfaat yang dikaitkan dengan pokok herba sambung nyawa adalah:

  1. Anti-radang: Herba ini dikatakan mempunyai sifat anti-radang, yang boleh membantu mengurangkan keradangan dalam tubuh.

  2. Antioksidan: Herba sambung nyawa mengandungi bahan antioksidan yang dapat membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

  3. Pengurangan Kadar Gula Darah: Beberapa penyelidikan awal menunjukkan bahawa herba ini mungkin membantu mengurangkan kadar gula darah dalam kalangan individu yang mengalami masalah diabetes.

  4. Sokongan kepada Sistem Pencernaan: Herba ini juga dikatakan mempunyai sifat-sifat yang dapat menyokong kesihatan sistem pencernaan.

  5. Perubatan Tradisional: Dalam amalan perubatan tradisional, herba sambung nyawa sering digunakan untuk merawat pelbagai penyakit, termasuk masalah kulit, demam, dan penyakit lain.

Walaupun terdapat beberapa manfaat yang dikaitkan dengan herba sambung nyawa, penting untuk diingat bahawa penelitian saintifik terhadap tumbuhan ini masih dalam peringkat awal. Sebelum menggunakan herba atau suplemen apa pun untuk tujuan perubatan, penting untuk berbincang dengan profesional kesihatan yang berkelayakan untuk mendapatkan nasihat yang sesuai, terutamanya jika anda sedang mengambil ubat-ubatan lain atau mempunyai sebarang masalah kesihatan yang sedia ada.


Friday, January 20, 2023

Sekuntum Roselle, Sejuta Khasiat

 Roselle dikenali sebagai pokok emas kerasa khasiatnya yang begitu banyak, kerana setiap bahagiannya mempunyai keistimewaan tertentu bermula daripada buah, daun hinggalah ke batang pokok berkenaan dan boleh dijadikan sajian atau tujuan perubatan tradisional. Roselle ni berasal dari India, ia tergolong dalam family bunga raya. Nama lain bagi roselle ni adalah seperti asam paya, asam susur, asam kundang, pokok ribena, red sorrel, Indian Sorrel, Florida Cranberry dan macam-macam nama lain berdasarkan lokasi. Ia boleh dibiakkan melalui biji benih dan keratan batang.


Roselle mempunyai khasiat yang tinggi sebagai herba semulajadi yang membekalkan kandungan Vitamin C yang tinggi iaitu setiap 100gm Roselle mengandungi 280mg Vitamin C. Ia juga mengandungi pelbagai Vitamin yang merangkumi Vitamin B1, B2 dan Vitamin D. Dalam Roselle itu sendiri mengandungi hampir 486gm kalsium dan juga Magnesium, Beta-Carotene, Omega 3 serta bersifat antioksidan dengan kandungan Vitamin C serta serat yang tinggi di dalamnya. Ia juga mengandungi serat, zat besi serta asid amino yang diperlukan tubuh.Jadi, mengapa tidak kita raikan kehebatan roselle?.

Fresh Roselle Cordial Mylife menggunakan 100% buah roselle asli untuk menghasilkan kordial sihat ini. Yang paling penting, ianya tidak menggunakan sebarang pewarna ataupun perisa tiruan yang boleh memudaratkan kesihatan. Jadilah pengguna yang bijak dengan memilih produk makanan yang sihat, halal dan suci. Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga bermanfaat.

Sunday, August 28, 2022

Kisah Lada Hitam

 

 

Lada hitam, black pepper atau nama saintifiknya 'Piper nigrum' merupakan antara rempah yang paling popular dan menjadi rebutan pada satu ketika dahulu. Walaupun ia masih lagi popular hingga ke hari ni tapi tak ramai yang tau mengenainya dengan lebih detail lagi. Kalau korang nak tau lada hitam dan lada putih sebenarnya dihasilkan dari pokok yang sama. Cuma kaedah nak proses dia yang berbeza. 

Lada hitam ni adalah tumbuhan berbunga dari keluarga piperaceae yang berasal dari kerala, India dan tersebar ke kawasan-kawasan tropika. Tumbuhan ni ditanam untuk nak dapatkan buahnya yang dijadikan rempah dalam bentuk segar ataupun serbuk. Rempah lada hitam ni tidak sahaja penting dalam masakan malah mempengaruhi perdagangan yang penting semenjak zaman dahulu kala lagi.

Pokok lada hitam adalah jenis tumbuhan yang menjalar yang perlukan tiang sokongan. Daunnya tumbuh setentang, bentuk daunnya seakan akan daun sireh ataupun daun kaduk dan berakar tunjang. Tiap ranting dapat hasilkan 20 hingga 30 biji buah setangkai. Buahnya yang hijau dan matang dikenali sebagai lada hijau, buah yang matang masak dan telah dikeringkan dikenali sebagai lada hitam, lada putih pula adalah benih masak yang telah dikeringkan. Kepedasan lada hitam adalah disebabkan oleh kimia piperine. Banyak digunakan dalam masakan dan popular di eropah. Brazil, India, Indonesia dan Malaysia dan Vietnam merupakan negara pengeluar lada hitam terbesar didunia.  

Pada zaman dahulu kala lada hitam merupakan bahan utama digunakan untuk merawat pesakit berdasarkan beberapa catatan di India, zaman dinasti China, Mesir mengenai penggunaan lada hitam dalam perubatan. Antara manfaat lada hitam bagi mencegah dan merawat pelbagai penyakit adalah seperti 

1. Berpotensi melawan jangkitan bakteria, Lada hitam bermanfaat untuk menghentikan pertumbuhan bakteria tertentu. Sifat antibakteria pada lada hitam digunakan pada makanan supaya tak mudah busuk..

2. Bersifat anti radang, keradangan yang kronik boleh membawa kepada beberapa masalah kesihatan seperti kencing manis dan kanser. Kajian terhadap tikus makmal mendapati piperina boleh mengurangkan keradangan pada salur pernafasan akibat alahan dan asma. Tapi kajian antiradang ni belum giat dijalankan terhadap manusia.

3. Anti murung, Lada hitam dikatakan penawar semulajadi bagi individu yang mengalami kemurungan. Piperina yang terdapat dalam lada hitam bertindak sebagai anti kemurungan dengan cara merangsang sistem saraf.

4. Melegakn selsema dan batuk, kahak dan hingus dapat dicairkan melaului rasa panas dan pedas dengan cara taburkan sedikit lada hitam pada sup yang masih panas sebelum dihirup kuahnya.

5. Baik untuk pencernaan, Lada hitam mentah mengandungi asam hidroklorat yang dapat membantu pencernaan. Asam hidroklorida itu sendiri dapat membantu membersihkan usus dan mengurangkan risiko gangguan pencernaan yang lain.




Sunday, August 23, 2015

Mahkota Dewa


 Herba mahkota dewa mengandungi pelbagai khasiat untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak. Khasiatnya berbeza mengikut bahagian seperti daun, biji, buah,ranting dan akar. 

Buah mahkota dewa ini dapat mengubati dan mencegah berbagai peyakit seperti : 

Reumatik( Sakit Sendi)
Gout & arthritis
Hepatitis (Radang Hati)
Penyakit Lumpuh
Kegemukan/obesiti
Batuk
Sesak nafas
Kanser & Tumor
Hati(Hepatetis)
Darah Tinggi(Hipertensi)
Stroke/Angin Ahmar
Penyakit Jantung
Kencing Manis/Diabetes
Ginjal/Cuci darah
Keputihan
Haid tidak lancar

Cara guna :

Buah mahkota dewa yang telah masak dihiris nipis-nipis, kemudian dijemur hingga benar-benar kering, kemudian rebus hirisan tadi dan minum air nya.


Mengurangi kandungan kolesterol dalam badan serta mengurangi penambahan lemak di dinding pembuluh darah

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
Herba Mahkota Dewa mengandungi pelbagai khasiat untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak. Khasiatnya berbeza mengikut bahagian seperti daun, biji, buah, batang/ranting dan akar.

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
Herba Mahkota Dewa mengandungi pelbagai khasiat untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak. Khasiatnya berbeza mengikut bahagian seperti daun, biji, buah, batang/ranting dan akar. Antaranya seperti berikut :- Mengurangi kandungan kolesterol dalam badan serta mengurangi penambahan lemak di dinding pembuluh darah Penyingkiran racun @ toksin daripada sesuatu bahan di dalam tubuh seterusnya dapat meneutralkan racun di dalam badan. Berfungsi sebagai bahan anti-bakteria dan anti-virus. Meningkatkan sistem ketahanan badan dan daya hidup Meningkatkan daya tahan kepada penderita diabetes dan darah tinggi. Mengurangkan kadar gula dalam darah dan pengumpulan darah. Membantu mengurangkan kadar angin dalam badan. Sebagai bahan untuk anti-virus ,anti-bakteria , anti-oksidan , anti- alergi dan anti-radang Membantu melancarkan peredaran darah di dalam badan dan mengelakkan berlakunya penyumbatan pada pembuluh darah. Membantu mengurangkan kesakitan taktakala berlaku pedarahan dan pembengkakan di tubuh badan Mengurangkan kesan daripada penyakit jantung koroner Mengubati dan mengurangkan penyakit kanser seperti kanser payudara dan kenser rahim. Meningkatkan stamina dan ketahanan badan tehadap influeza Bertindak sebagai bahan bagi membantu proses penyembuhan penyakit Tekanan darah tinggi

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
Herba Mahkota Dewa mengandungi pelbagai khasiat untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak. Khasiatnya berbeza mengikut bahagian seperti daun, biji, buah, batang/ranting dan akar. Antaranya seperti berikut :- Mengurangi kandungan kolesterol dalam badan serta mengurangi penambahan lemak di dinding pembuluh darah Penyingkiran racun @ toksin daripada sesuatu bahan di dalam tubuh seterusnya dapat meneutralkan racun di dalam badan. Berfungsi sebagai bahan anti-bakteria dan anti-virus. Meningkatkan sistem ketahanan badan dan daya hidup Meningkatkan daya tahan kepada penderita diabetes dan darah tinggi. Mengurangkan kadar gula dalam darah dan pengumpulan darah. Membantu mengurangkan kadar angin dalam badan. Sebagai bahan untuk anti-virus ,anti-bakteria , anti-oksidan , anti- alergi dan anti-radang Membantu melancarkan peredaran darah di dalam badan dan mengelakkan berlakunya penyumbatan pada pembuluh darah. Membantu mengurangkan kesakitan taktakala berlaku pedarahan dan pembengkakan di tubuh badan Mengurangkan kesan daripada penyakit jantung koroner Mengubati dan mengurangkan penyakit kanser seperti kanser payudara dan kenser rahim. Meningkatkan stamina dan ketahanan badan tehadap influeza Bertindak sebagai bahan bagi membantu proses penyembuhan penyakit Tekanan darah tinggi

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

Saturday, September 6, 2014

Halia Bara


Halia bara sama seperti halia biasa iaitu mempunyai batang yang tegak dengan rizom tersebar secara mendatar. Besar atau kecil saiz rizom bergantung pada jenis halia. Beza antara halia bara dengan halia biasa ialah saiz pokoknya lebih kecil, rizom agak kemerahan, bau lebih kuat, daun berbentuk linear tersusun secara berselang, licin dan berwarna hijau cerah ke hijau gelap.Secara keseluruhan, sifat halia bara sama seperti halia biasa kecuali saiz, warna rizom, dan bunga serta bau nya yang agak kuat. Halia bara juga kadang-kadang dipanggil dengan nama halia merah, halia udang atau di Indonesia dipanggil Halia Emprit.

Daun halia bara seakan-akan halia biasa atau bonglai.Kaedah penanaman halia bara biasanya daripada rizom yang telah matang dan sihat serta mempunya mata tunas. Ia boleh ditanam atas batas, pasu atau polibeg.

Antara khasiat halia bara adalah seperti berikut : 

1. Mengeluarkan angin dari dalam tubuh
2. Menghangatkan badan.
3. Melancarkan penghadaman.
4. Merawat resdung.
5. Melegakan demam.
6. Mengurangkan sengal-sengal otot.
7. Rawatan selepas bersalin.
8. Merawat kesan gatal gigitan serangga.
9. Mampu meningkatkan tenaga batin lelaki.
10.Menghilangkan tompok panau atau kurap.

p/s : Tidak digalakkan minum air rebusan halia bara secara kerap kerana ia boleh merosakkan usus dan menyebabkan pedih ulu hati.