Friday, January 20, 2023

Sekuntum Roselle, Sejuta Khasiat

 Roselle dikenali sebagai pokok emas kerasa khasiatnya yang begitu banyak, kerana setiap bahagiannya mempunyai keistimewaan tertentu bermula daripada buah, daun hinggalah ke batang pokok berkenaan dan boleh dijadikan sajian atau tujuan perubatan tradisional. Roselle ni berasal dari India, ia tergolong dalam family bunga raya. Nama lain bagi roselle ni adalah seperti asam paya, asam susur, asam kundang, pokok ribena, red sorrel, Indian Sorrel, Florida Cranberry dan macam-macam nama lain berdasarkan lokasi. Ia boleh dibiakkan melalui biji benih dan keratan batang.


Roselle mempunyai khasiat yang tinggi sebagai herba semulajadi yang membekalkan kandungan Vitamin C yang tinggi iaitu setiap 100gm Roselle mengandungi 280mg Vitamin C. Ia juga mengandungi pelbagai Vitamin yang merangkumi Vitamin B1, B2 dan Vitamin D. Dalam Roselle itu sendiri mengandungi hampir 486gm kalsium dan juga Magnesium, Beta-Carotene, Omega 3 serta bersifat antioksidan dengan kandungan Vitamin C serta serat yang tinggi di dalamnya. Ia juga mengandungi serat, zat besi serta asid amino yang diperlukan tubuh.Jadi, mengapa tidak kita raikan kehebatan roselle?.

Fresh Roselle Cordial Mylife menggunakan 100% buah roselle asli untuk menghasilkan kordial sihat ini. Yang paling penting, ianya tidak menggunakan sebarang pewarna ataupun perisa tiruan yang boleh memudaratkan kesihatan. Jadilah pengguna yang bijak dengan memilih produk makanan yang sihat, halal dan suci. Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment