Monday, January 15, 2024

Khasiat daun sireh untuk kesihatan dan kecantikan.

 

 Sirih atau nama saintifiknya piper betle, sejenis tanaman asli yang tumbuh secara menjalar atau bersandar pada batang pohon lain serta memiliki banyak manfaat untuk kesihatan.

Manfaat daun sirih dalam mengatasi pelbagai masalah kesihatan sudah terbukti sejak dulu lagi. Ramai individu menggunakan daun sirih dalam kehidupan seharian mereka terutama bagi menjaga aspek kesihatan dan kecantikan semula jadi.

Dari aspek kesihatan, daun sirih memiliki kandungan nutrisi yang amat baik untuk tubuh, malah nutrisi itu menjadi faktor pendorong kepada badan untuk bekerja lebih baik.

Dalam adat istiadat Melayu terutama pada majlis perkahwinan bermula daripada merisik, pertunangan, bernikah, bersanding dan beradu, daun memainkan peranannya yang tersendiri.

Sirih memiliki dua jenis daun sirih, iaitu sirih hijau dan merah, namun lebih ramai yang mengenali daun sirih hijau.  

Daun sirih mengandungi eugonol yang bersifat antifungus, juga mengandungi antiseptik yang boleh menghalang pembiakan bakteria pada kulit.

Berikut antara manfaat sirih:

• Daun sirih mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan gatal kulit seperti kurap dan kayap.

• Menghilangkan sakit tekak, bengkak di bahagian tekak dan batuk berkahak.

• Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk wanita berpantang.

• Menghalang dan menghentikan hidung berdarah.

• Membantu menghilangkan bisa dan bengkak kesan gigitan serangga dan tebuan.

• Menghilangkan atau meneutralkan bau badan dan bau.

• Mengurangkan demam panas serta kembung kanak-kanak.

• Menghilangkan sakit kepala, gatal dan kelemumur.

• Membantu merawat organ intim wanita

• Bantu mencantikkan wajah, menghilangkan kusam, parut jerawat, jeragat, selain melembapkan dan mencerahkan kulit, melebatkan bulu kening dan dijadikan masker.

• Sebagai bahan pembalut untuk tangan terseliuh atau patah.

• Merawat penyakit sendi dan bisa tulang.

Friday, January 12, 2024

7 Khasiat Daun Durian Belanda

1) Mencegah Dan Mengubati Kanser :
Ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua. Kemudian rebuslah dengan 3 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan surut sehingga menjadi segelas air sahaja. Minum dua kali sehari, selama dua minggu atau sehingga kanser yang dihidapi itu sembuh.

2) Sakit Pinggang:
Ambillah 20 helai daun durian belanda. Kemudian rebus dengan sukatan 5 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan tinggal sebanyak 3 gelas sahaja. Setelah itu, minumlah ¾ gelas air rebusan tersebut sekali sehari.

3) Menguatkan Daya Ketahanan Tubuh :
Khasiat daun durian belanda juga mampu menguatkan daya ketahanan tubuh. Ambil 5 helai daun durian belada. Rebus dengan sukatan 4 gelas air. Biarkan mendidih dan biarkan sehingga menjadi 1 gelas.Minumlah sehari sekali.

4) Mengatasi Diabetis :
Untuk mengatasi diabetis atau penyakit kencing manis, minumlah air rebusan daun durian belanda sehingga kadar gula dalam darah anda betul-betul stabil. Khaisat daun durian belanda boleh menurunkan kadar gula dalam darah.


5) Menurunkan Tekanan Darah Tinggi :
Hipertnesi atau penyakit darah tinggi merupakan salah satu faktor mengundang penyakit strok.Sekiranya anda sudah memiliki tanda-tanda penyakit tersebut,sebaiknya minum air rebusan daun durian belanda untuk menstabilkan tekanan darah anda.

6) Mengatasi Buasir :

Untuk mengatasi masalah buasir, ambil 10 helai daun durian belanda tua. Kemudian rebus dengan 3 gelas air, didihkan sehingga menjadi 1 gelas. Setelah suam, minumlah sekali sehari sehingga penyakit buasir sembuh.

7) Mengubati Sakit Urat/Saraf :
Khasiat daun durian belanda dapat membantu mengubati sakit urat atau sakit saraf.Rebus 10 helai daun durian belanda tua, tetapi warnanya masih hijau pekat. Cuci bersih dan setelah itu rebus dengan sukatan 2 gelas air, didihkan biarkan menjadi 1 gelas.Minumlah dua kali sehari, pagi dan petang untuk mendapatkan khasiat sebenarnya.

Dapatkan daun durian belanda di sini :
👇👇👇
NAK BELI DAUN DURIAN BELANDA

 



Sunday, December 10, 2023

Pokok Herba Sambung Nyawa

 

"Pokok herba sambung nyawa" merujuk kepada tumbuhan herba yang dikenali sebagai Gynura procumbens. Tumbuhan ini juga dikenali dengan pelbagai nama tempatan seperti "Daun Dewa," "Sambung Nyawa," atau "Akar Sebiak." Ia biasanya ditemui di kawasan tropika dan digunakan dalam perubatan tradisional di beberapa kawasan Asia.

Beberapa potensi manfaat yang dikaitkan dengan pokok herba sambung nyawa adalah:

  1. Anti-radang: Herba ini dikatakan mempunyai sifat anti-radang, yang boleh membantu mengurangkan keradangan dalam tubuh.

  2. Antioksidan: Herba sambung nyawa mengandungi bahan antioksidan yang dapat membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

  3. Pengurangan Kadar Gula Darah: Beberapa penyelidikan awal menunjukkan bahawa herba ini mungkin membantu mengurangkan kadar gula darah dalam kalangan individu yang mengalami masalah diabetes.

  4. Sokongan kepada Sistem Pencernaan: Herba ini juga dikatakan mempunyai sifat-sifat yang dapat menyokong kesihatan sistem pencernaan.

  5. Perubatan Tradisional: Dalam amalan perubatan tradisional, herba sambung nyawa sering digunakan untuk merawat pelbagai penyakit, termasuk masalah kulit, demam, dan penyakit lain.

Walaupun terdapat beberapa manfaat yang dikaitkan dengan herba sambung nyawa, penting untuk diingat bahawa penelitian saintifik terhadap tumbuhan ini masih dalam peringkat awal. Sebelum menggunakan herba atau suplemen apa pun untuk tujuan perubatan, penting untuk berbincang dengan profesional kesihatan yang berkelayakan untuk mendapatkan nasihat yang sesuai, terutamanya jika anda sedang mengambil ubat-ubatan lain atau mempunyai sebarang masalah kesihatan yang sedia ada.


Friday, January 20, 2023

Sekuntum Roselle, Sejuta Khasiat

 Roselle dikenali sebagai pokok emas kerasa khasiatnya yang begitu banyak, kerana setiap bahagiannya mempunyai keistimewaan tertentu bermula daripada buah, daun hinggalah ke batang pokok berkenaan dan boleh dijadikan sajian atau tujuan perubatan tradisional. Roselle ni berasal dari India, ia tergolong dalam family bunga raya. Nama lain bagi roselle ni adalah seperti asam paya, asam susur, asam kundang, pokok ribena, red sorrel, Indian Sorrel, Florida Cranberry dan macam-macam nama lain berdasarkan lokasi. Ia boleh dibiakkan melalui biji benih dan keratan batang.


Roselle mempunyai khasiat yang tinggi sebagai herba semulajadi yang membekalkan kandungan Vitamin C yang tinggi iaitu setiap 100gm Roselle mengandungi 280mg Vitamin C. Ia juga mengandungi pelbagai Vitamin yang merangkumi Vitamin B1, B2 dan Vitamin D. Dalam Roselle itu sendiri mengandungi hampir 486gm kalsium dan juga Magnesium, Beta-Carotene, Omega 3 serta bersifat antioksidan dengan kandungan Vitamin C serta serat yang tinggi di dalamnya. Ia juga mengandungi serat, zat besi serta asid amino yang diperlukan tubuh.Jadi, mengapa tidak kita raikan kehebatan roselle?.

Fresh Roselle Cordial Mylife menggunakan 100% buah roselle asli untuk menghasilkan kordial sihat ini. Yang paling penting, ianya tidak menggunakan sebarang pewarna ataupun perisa tiruan yang boleh memudaratkan kesihatan. Jadilah pengguna yang bijak dengan memilih produk makanan yang sihat, halal dan suci. Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga bermanfaat.

Sunday, August 28, 2022

Kisah Lada Hitam

 

 

Lada hitam, black pepper atau nama saintifiknya 'Piper nigrum' merupakan antara rempah yang paling popular dan menjadi rebutan pada satu ketika dahulu. Walaupun ia masih lagi popular hingga ke hari ni tapi tak ramai yang tau mengenainya dengan lebih detail lagi. Kalau korang nak tau lada hitam dan lada putih sebenarnya dihasilkan dari pokok yang sama. Cuma kaedah nak proses dia yang berbeza. 

Lada hitam ni adalah tumbuhan berbunga dari keluarga piperaceae yang berasal dari kerala, India dan tersebar ke kawasan-kawasan tropika. Tumbuhan ni ditanam untuk nak dapatkan buahnya yang dijadikan rempah dalam bentuk segar ataupun serbuk. Rempah lada hitam ni tidak sahaja penting dalam masakan malah mempengaruhi perdagangan yang penting semenjak zaman dahulu kala lagi.

Pokok lada hitam adalah jenis tumbuhan yang menjalar yang perlukan tiang sokongan. Daunnya tumbuh setentang, bentuk daunnya seakan akan daun sireh ataupun daun kaduk dan berakar tunjang. Tiap ranting dapat hasilkan 20 hingga 30 biji buah setangkai. Buahnya yang hijau dan matang dikenali sebagai lada hijau, buah yang matang masak dan telah dikeringkan dikenali sebagai lada hitam, lada putih pula adalah benih masak yang telah dikeringkan. Kepedasan lada hitam adalah disebabkan oleh kimia piperine. Banyak digunakan dalam masakan dan popular di eropah. Brazil, India, Indonesia dan Malaysia dan Vietnam merupakan negara pengeluar lada hitam terbesar didunia.  

Pada zaman dahulu kala lada hitam merupakan bahan utama digunakan untuk merawat pesakit berdasarkan beberapa catatan di India, zaman dinasti China, Mesir mengenai penggunaan lada hitam dalam perubatan. Antara manfaat lada hitam bagi mencegah dan merawat pelbagai penyakit adalah seperti 

1. Berpotensi melawan jangkitan bakteria, Lada hitam bermanfaat untuk menghentikan pertumbuhan bakteria tertentu. Sifat antibakteria pada lada hitam digunakan pada makanan supaya tak mudah busuk..

2. Bersifat anti radang, keradangan yang kronik boleh membawa kepada beberapa masalah kesihatan seperti kencing manis dan kanser. Kajian terhadap tikus makmal mendapati piperina boleh mengurangkan keradangan pada salur pernafasan akibat alahan dan asma. Tapi kajian antiradang ni belum giat dijalankan terhadap manusia.

3. Anti murung, Lada hitam dikatakan penawar semulajadi bagi individu yang mengalami kemurungan. Piperina yang terdapat dalam lada hitam bertindak sebagai anti kemurungan dengan cara merangsang sistem saraf.

4. Melegakn selsema dan batuk, kahak dan hingus dapat dicairkan melaului rasa panas dan pedas dengan cara taburkan sedikit lada hitam pada sup yang masih panas sebelum dihirup kuahnya.

5. Baik untuk pencernaan, Lada hitam mentah mengandungi asam hidroklorat yang dapat membantu pencernaan. Asam hidroklorida itu sendiri dapat membantu membersihkan usus dan mengurangkan risiko gangguan pencernaan yang lain.