Sunday, August 28, 2022

Kisah Lada Hitam

 

 

Lada hitam, black pepper atau nama saintifiknya 'Piper nigrum' merupakan antara rempah yang paling popular dan menjadi rebutan pada satu ketika dahulu. Walaupun ia masih lagi popular hingga ke hari ni tapi tak ramai yang tau mengenainya dengan lebih detail lagi. Kalau korang nak tau lada hitam dan lada putih sebenarnya dihasilkan dari pokok yang sama. Cuma kaedah nak proses dia yang berbeza. 

Lada hitam ni adalah tumbuhan berbunga dari keluarga piperaceae yang berasal dari kerala, India dan tersebar ke kawasan-kawasan tropika. Tumbuhan ni ditanam untuk nak dapatkan buahnya yang dijadikan rempah dalam bentuk segar ataupun serbuk. Rempah lada hitam ni tidak sahaja penting dalam masakan malah mempengaruhi perdagangan yang penting semenjak zaman dahulu kala lagi.

Pokok lada hitam adalah jenis tumbuhan yang menjalar yang perlukan tiang sokongan. Daunnya tumbuh setentang, bentuk daunnya seakan akan daun sireh ataupun daun kaduk dan berakar tunjang. Tiap ranting dapat hasilkan 20 hingga 30 biji buah setangkai. Buahnya yang hijau dan matang dikenali sebagai lada hijau, buah yang matang masak dan telah dikeringkan dikenali sebagai lada hitam, lada putih pula adalah benih masak yang telah dikeringkan. Kepedasan lada hitam adalah disebabkan oleh kimia piperine. Banyak digunakan dalam masakan dan popular di eropah. Brazil, India, Indonesia dan Malaysia dan Vietnam merupakan negara pengeluar lada hitam terbesar didunia.  

Pada zaman dahulu kala lada hitam merupakan bahan utama digunakan untuk merawat pesakit berdasarkan beberapa catatan di India, zaman dinasti China, Mesir mengenai penggunaan lada hitam dalam perubatan. Antara manfaat lada hitam bagi mencegah dan merawat pelbagai penyakit adalah seperti 

1. Berpotensi melawan jangkitan bakteria, Lada hitam bermanfaat untuk menghentikan pertumbuhan bakteria tertentu. Sifat antibakteria pada lada hitam digunakan pada makanan supaya tak mudah busuk..

2. Bersifat anti radang, keradangan yang kronik boleh membawa kepada beberapa masalah kesihatan seperti kencing manis dan kanser. Kajian terhadap tikus makmal mendapati piperina boleh mengurangkan keradangan pada salur pernafasan akibat alahan dan asma. Tapi kajian antiradang ni belum giat dijalankan terhadap manusia.

3. Anti murung, Lada hitam dikatakan penawar semulajadi bagi individu yang mengalami kemurungan. Piperina yang terdapat dalam lada hitam bertindak sebagai anti kemurungan dengan cara merangsang sistem saraf.

4. Melegakn selsema dan batuk, kahak dan hingus dapat dicairkan melaului rasa panas dan pedas dengan cara taburkan sedikit lada hitam pada sup yang masih panas sebelum dihirup kuahnya.

5. Baik untuk pencernaan, Lada hitam mentah mengandungi asam hidroklorat yang dapat membantu pencernaan. Asam hidroklorida itu sendiri dapat membantu membersihkan usus dan mengurangkan risiko gangguan pencernaan yang lain.




No comments:

Post a Comment