Tidak
syak lagi bahawa tumbuhan adalah merupakan rahmat Allah s.w.t yang
tidak ternilai kepada manusia. Bukan sahaja sebagai bahan makanan sehari
– hari, bahkan untuk kegunaan berbagai bidang kehidupan mereka.
Termasuklah bidang perubatan, menyembuh dan membasmi berbagai jenis
penyakit.
Sejak dari zaman purba
manusia primitif yang hidup disesuatu bahagian mukabumi ini, mungkin
sudah dapat mengenali segala jenis tumbuhan yang terdapat di sekitar
kawasan kediaman mereka. Mereka sudah dapat memastikan dan membezakan
diantara tumbuhan yang boleh dimakan dengan tumbuhan yang mengandungi
racun yang boleh memudaratkan.
Mereka juga
memerhatikan dan mengambil tahu akan jenis tumbuhan yang lazim dimakan
oleh binatang peliharaan seperti kucing. Terutama apabila melihat
binatang itu tidak sihat. Maka mereka dapat pula pengetahuan mengenali
jenis tumbuh – tumbuhan yang berkhasiat. Lalu disesuaikan dengan
pengalaman mereka sendiri untuk dijadikan bahan perubatan. Demikianlah
manusia sejak zaman berzaman sudah mempunyai kesanggupan mengubat,
menyembuhkan berbagai jenis penyakit dengan menggunakan beberapa jenis
tumbuh – tumbuhan.
Khasiat beberapa jenis
tumbuh – tumbuhan tertentu yang pada mulanya hanya diketahui oleh kaum
peribumi setempat itu sahaja, rupa – rupanya telah membawa rahmat kepada
umat manusia serta dunia, sama ada untuk menyembuhkan penyakit tertentu
ataupun dalam sesuatu bidang perubatan. Misalnya, pokok chichona, yang
berasal dari Peru itu, setelah diproses oleh pakar – pakar perubatan
moden telah menghasilkan quinine, ubat mujarab untuk menyembuhkan
penyakit malaria. Daun – daun dari pokok koka, setelah diproses
mengasilkan kokain, iaitu ubat pelali atau bius. Sementara opium yang
diproses dari bunga popi, menjadi bahan ubatan untuk mengubati beberapa
jenis penyakit dan tidak terkecuali dalam perubatan Melayu tradisional.
Menyentuh perkara
tumbuhan sebagai bahan ubat – ubatan ini, maka kepulauan Melayu ini
bolehlah disifatkan sebagai gedung ubat yang amat besar. Segenap hutan
belukar, bukit bakau, lembah, paya, sawah, padang, kampung dusun, bahkan
di kawasan kediaman sendiri terdapat tumbuhan yang berbagai jenisnya.
Oleh yang demikian seperti juga peribumi di bahagian – bahagian lain di
muka bumi ini, orang Melayu sudah mengetahui akan khasiat tumbuh –
tumbuhan yang terdapat di sekitar mereka. Maka dari pengetahuan inilah
terbitnya gelaran – gelaran dukun, bomoh, pawang dan sebagainya.
Kebiasaannya cara
ubatan tradisional Melayu menggunakan beberapa jenis tumbuh – tumbuhan
herba dalam merawat sesuatu jenis penyakit. Dimana tumbuh – tumbuhan
herba ini akan dicampurkan bersama – sama mengikut cara – cara yang
tertentu. Sama ada dengan cara memasak kesemua tumbuhan tersebut ataupun
dengan mengilingnya dan berbagai cara lagi. Diantara contoh – contohnya
adalah seperti di sebelah :
- PENYAKIT KEPIALU
- Demam panas
- Muntah
- Sakit Kepala
- Kayap
- Panau
Ambil
biji sesawi, akar kawi, jerangau bonglai, temu putih, daun rembega dan
daun kebas bendang. Giling sehingga lumat dan campurkan dengan air.
Kemudian lumurkan pada seluruh badan ataupun boeh juga diminum.
Ambil
gelang sambar dara, setawar, pucuk lancung, adas manis,bunga pulasan,
putik bebaru, bawang putih, bawang merah, mesui dan pinag muda. Kesemua
bahan ini ditumbuk sehingga lumat dan dicampurkan dengan air, kemudian
minum.
Ambil buah pala dan bawang putih sebiji lalu dimakan dengan sakar.
Ambil daun pegaga, kapur barus dan sendawa. Giling sehingga lumat dan tempelkan di kepala yang sakit itu.
Ambil daun cucuran atap, daun kedondong dan daun lada pahit. Giling dan kemudian sapu.
Ambil cendana dan tuba tikus, asah dengan air limau nipis. Bubuhkan pada tempat panau itu.
Assalamualaikum
ReplyDeletepada sesiapa yang ada kencing manis yang bacaan gula 10 atau belas2 atau 20 ke atas atau bacaan gula yang terlalu tinggi sampai mata menjadi rabun atau kaki luka
dah tak tahu macam mana nak normal kan gula balik walau dah makan macam2 jenis herba atau dah cuba buat macam2 jenis petua tetapi gula masih lagi tinggi
jomm kita turun kan gula dengan cara yang selamat dan berkesan
teh herba yang di hasilkan dari pokok2 herba yang menurunkan gula dengan cepat
saya gunakan pokok2 herba yang terbaik dengan rasa tidak pahit dan tidak berangin atau sakit urat bila di minum
kita rawat cara selamat tanpa bahan kimia yang berbahaya dalam masa yang sama menjaga buah pinggang dan hati
jika kaki luka berair kita kering kan dan sembuh kan semula hanya dalam masa berapa hari saja
jangan lambat nanti kaki tu dah kena potong lagi susah nak bergerak dan jika kaki sakit saraf berpunca dari kencing manis pun kita rawat kan balik sampai elok semula Insya Allah
harga seratus lebih ja untuk sebulan jangan tunggu lama2 kita rawat cepat2 kan untuk elak kan dari penyakit menjadi semakin teruk
call atau whasap sy Mohd Zuhairi Bin Noordin
017 468 7570