Monday, January 15, 2024

Khasiat daun sireh untuk kesihatan dan kecantikan.

 

 Sirih atau nama saintifiknya piper betle, sejenis tanaman asli yang tumbuh secara menjalar atau bersandar pada batang pohon lain serta memiliki banyak manfaat untuk kesihatan.

Manfaat daun sirih dalam mengatasi pelbagai masalah kesihatan sudah terbukti sejak dulu lagi. Ramai individu menggunakan daun sirih dalam kehidupan seharian mereka terutama bagi menjaga aspek kesihatan dan kecantikan semula jadi.

Dari aspek kesihatan, daun sirih memiliki kandungan nutrisi yang amat baik untuk tubuh, malah nutrisi itu menjadi faktor pendorong kepada badan untuk bekerja lebih baik.

Dalam adat istiadat Melayu terutama pada majlis perkahwinan bermula daripada merisik, pertunangan, bernikah, bersanding dan beradu, daun memainkan peranannya yang tersendiri.

Sirih memiliki dua jenis daun sirih, iaitu sirih hijau dan merah, namun lebih ramai yang mengenali daun sirih hijau.  

Daun sirih mengandungi eugonol yang bersifat antifungus, juga mengandungi antiseptik yang boleh menghalang pembiakan bakteria pada kulit.

Berikut antara manfaat sirih:

• Daun sirih mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan gatal kulit seperti kurap dan kayap.

• Menghilangkan sakit tekak, bengkak di bahagian tekak dan batuk berkahak.

• Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk wanita berpantang.

• Menghalang dan menghentikan hidung berdarah.

• Membantu menghilangkan bisa dan bengkak kesan gigitan serangga dan tebuan.

• Menghilangkan atau meneutralkan bau badan dan bau.

• Mengurangkan demam panas serta kembung kanak-kanak.

• Menghilangkan sakit kepala, gatal dan kelemumur.

• Membantu merawat organ intim wanita

• Bantu mencantikkan wajah, menghilangkan kusam, parut jerawat, jeragat, selain melembapkan dan mencerahkan kulit, melebatkan bulu kening dan dijadikan masker.

• Sebagai bahan pembalut untuk tangan terseliuh atau patah.

• Merawat penyakit sendi dan bisa tulang.

Friday, January 12, 2024

7 Khasiat Daun Durian Belanda

1) Mencegah Dan Mengubati Kanser :
Ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua. Kemudian rebuslah dengan 3 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan surut sehingga menjadi segelas air sahaja. Minum dua kali sehari, selama dua minggu atau sehingga kanser yang dihidapi itu sembuh.

2) Sakit Pinggang:
Ambillah 20 helai daun durian belanda. Kemudian rebus dengan sukatan 5 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan tinggal sebanyak 3 gelas sahaja. Setelah itu, minumlah ¾ gelas air rebusan tersebut sekali sehari.

3) Menguatkan Daya Ketahanan Tubuh :
Khasiat daun durian belanda juga mampu menguatkan daya ketahanan tubuh. Ambil 5 helai daun durian belada. Rebus dengan sukatan 4 gelas air. Biarkan mendidih dan biarkan sehingga menjadi 1 gelas.Minumlah sehari sekali.

4) Mengatasi Diabetis :
Untuk mengatasi diabetis atau penyakit kencing manis, minumlah air rebusan daun durian belanda sehingga kadar gula dalam darah anda betul-betul stabil. Khaisat daun durian belanda boleh menurunkan kadar gula dalam darah.


5) Menurunkan Tekanan Darah Tinggi :
Hipertnesi atau penyakit darah tinggi merupakan salah satu faktor mengundang penyakit strok.Sekiranya anda sudah memiliki tanda-tanda penyakit tersebut,sebaiknya minum air rebusan daun durian belanda untuk menstabilkan tekanan darah anda.

6) Mengatasi Buasir :

Untuk mengatasi masalah buasir, ambil 10 helai daun durian belanda tua. Kemudian rebus dengan 3 gelas air, didihkan sehingga menjadi 1 gelas. Setelah suam, minumlah sekali sehari sehingga penyakit buasir sembuh.

7) Mengubati Sakit Urat/Saraf :
Khasiat daun durian belanda dapat membantu mengubati sakit urat atau sakit saraf.Rebus 10 helai daun durian belanda tua, tetapi warnanya masih hijau pekat. Cuci bersih dan setelah itu rebus dengan sukatan 2 gelas air, didihkan biarkan menjadi 1 gelas.Minumlah dua kali sehari, pagi dan petang untuk mendapatkan khasiat sebenarnya.

Dapatkan daun durian belanda di sini :
👇👇👇
NAK BELI DAUN DURIAN BELANDA