Nama Botani : Gynura procumbens Lour, Calacia procumbens Lour.
Famili : Asteraceae
Nama Lain
Dawn Dewa, Leaves of
the Gods, Googoolipid, Mallucan spinach,
Sambung Nyawa, Daun Dewa, Am Akar, Akar
sebiak, dan Kelemai merah, bai bing coa,
ngokilo (Jawa), beluntas cina (Melayu),
she juan jao @ fujung jao (Cina)
Pengenalan
Pokok sambung nyawa adalah tumbuhan
yang berasal dari Myanmar dan China. Pokok sambung nyawa juga
dikenali dengan nama akar sebiak, kelemai merah dan daun dewa. Ia
mempunyai perubatan yang sangat tinggi dan banyak digunakan di Malaysia,
Indonesia dan Thailand. Pokok ini mampu tumbuh sehingga 6 meter
sekiranya mendapat sokongan atau memanjat pokok lain. Tanpa sokongan
atau memanjat pokok lain, pokok sambung nyawa akan menjalar di atas
tanah. Terdapat dua jenis sambung nyawa iaitu sambung nyawa hijau (seperti gambar diatas) dan sambung nyawa ungu (dikenali sebagai daun dewa). Ia menyukai
kawasan yang redup dan berkelembapan sederhana. Pokok ini boleh
dibiakkan melalui keratan batang. Bunga sambung nyawa berwarna jingga
kekuningan tetapi ia sangat jarang berbunga.
Kegunaan
Daun sambung nyawa mengandungi
flavonoid, glikosida kuersetin, fenoleat asid, triterpenoid, alkaloid,
saponin dan tannin. Sambung nyawa bersifat sejuk dan neutral. Ia boleh
digunakan untuk menurunkan panas badan, merawat sakit limpa, sakit
ginjal, sakit kulit, menurunkan tekanan darah, menurunkan kandungan gula
dalam darah, antimicrobial, antikarsinogenik, sitotoksik terhadap sel
kanser, hipertensi, strok, penyakit jantung, kolesterol tinggi,
diabetes, radang pita suara, radang tengkuk, batuk dan sinusitis.
Daun sambung syawa berkhasiat
untuk mengurangkan kadar kolestrol dan menurunkan tekanan darah tinggi.
Ia juga digunakan untuk merawat sembelit, kencing manis, kanser dan
masalah buah pinggang. Ia biasanya dimakan mentah sebagai ulam kerana
dipercayai dapat mengurangkan risiko mendapat serangan sakit jantung.
Namun begitu, pengambilan secara berlebihan daun segar atau jus segar
herba ini boleh menyebabkan rasa loya, mual dan muntah kerana cecair
daun ini bertindak menurunkan kandungan gula dalam darah. Bagi mereka
yang mempunyai tekanan darah rendah tidak digalakkan mengamalkannya
sebagai perubatan herba. Daun yang dikeringkan dihancurkan dan dicampur
dengan minyak untuk digunakan sebagai minyak salap merawat ruam.
Ia juga digunakan dalam rawatan
untuk penyakit ginjal, disentri, radang kerongkong, menghentikan
perdarahan, resdung, mengatasi masalah haid yang tidak teratur,
melancarkan fungsi ginjal dan gigitan binatang berbisa. Umbi pokok ini
digunakan untuk merawat bengkak, patah tulang dan darah beku yang
disebabkan oleh lebam.
Penanaman dan Pembiakan
Selain faktor-faktor persekitaran
pokok sambung nyawa ini perlukan tanah yang subur,
gembur dan mampu menahan air. Sebaiknya pada
kadar keasaman pH sekitar 5.5 – 7. Ia membiak
melalui keratan batang. Perlukan agak banyak
air, tetapi tidak terlalu bash dan bertakung.
Kandungan Kimia dan Kesan
Farmakologi
Kandungan kimia daun sambung
nyawa antara lain, flavonoid (7, 3, 4
trihidroksi-flavon), glikosida kuersetin,
fenoleat asid (terdiri dari kafeat asid, penta
kumarat, penta-hidroksi benzoate dan vanilat
asid) triterpenoid, alkaloid, saponin dan
tannin.
Tumbuhan ini bersifat dingin dan
neutral. Khasiatnya antara lain ialah
antineoplastik, menurunkan panas badan,
mengobati sakit limpa, sakit ginjal, sakit kulit,
menurunkan tekanan darah, menurunkan gula darah,
antimicrobial, antikarsinogenik, sitotoksik
terhadap sel kanser, hipertensi, stroke,
penyakit jantung, kolesterol tinggi, diabetes,
gangguan lambung, radang pita suara, radang
tengkuk, batuk dan sinusitis.
Cara Penggunaan
Untuk ubat yang diminum, rebus 7
hingga 12 helai daun segar, sementara untuk pemakaian luar, giling daun segar hingga lumat
dan tempelkan ditempat yang sakit.
Berminat nak tanam pokok nie hubungi zack : 0122351623