Menjual Pokok Herba, Lokasi : LD104 Kampung Air Hitam Lendu 78000 Alor Gajah Melaka,

Tuesday, March 18, 2014

Kepelbagaian Produk Dan Industri Herba

Perubatan herba merupakan satu kaedah alternatif kepada kaedah perubatan moden dengan menggunakan bahan-bahan alam semula jadi  seperti tongkat ali,kacip fatimah,serai wangi,sambung nyawa,kunyit,kayu manis,pengaga,misai kucing dan sebagainya.Di Malaysia,kira-kira 1230 spesies tumbuh-tumbuhan telah dimanfaatkan dalam pelbagai bentuk ubat-ubatan herba.

Kebanyakan produk herba tempatan masih dalam segmen pasaran bernilai rendah seperti minuman yang diperkaya dengan herba. Kepelbagaian ke arah produk herba bernilai tinggi berasaskan ekstrak terpiawai dan disahkan melalui ujian klinikal adalah masih lemah kerana ketiadaan jaguh industri, kelemahan R&D, pelaburan yang besar untuk ujian klinikal dan kesukaran untuk memasuki pasaran antarabangsa.

Pada dasarnya, pengguna tidak begitu arif mengenai kepelbagaian produk herba yang terdapat di pasaran.
Tetapi, walau bagaimanapun caranya, setiap pengguna perlu tahu jenis produk yang mereka ambil dan ini dapat mengelakkan daripada penyalahgunaan produk herba. Dari aspek penjagaan kesihatan, produk herba perlu diambil secara terkawal untuk mengelakkan kesan negatif penyalahgunaannya seperti apa yang berlaku kepada daun ketum dan ganja. Kedua-dua herba ini amat berguna dalam penjagaan kesihatan tetapi berisiko kerana boleh mendatangkan kesan buruk apabila disalahgunakan.

Herba biasanya dikelaskan berasaskan kegunaan akhirnya dan bahagian pokok yang digunakan. Terdapat lima kategori utama produk herba iaitu :

1. Makanan - makanan kesihatan, makanan tambahan, bahan perisa dan pewarna makanan.
2. Ubatan herba - ubatan tradisional, fito-ubatan.
3. Penjagaan diri - kosmetik dan wangian.
4. Industri kimia - biopestisid, wangian.
5. Farmaseutikal - dadah tersenarai, dadah tidak tersenarai.

Majoriti bekalan bahan mentah industri herba negara diperoleh dari sumber import sebanyak 65% datang dari China, India dan Indonesia, dan hanya 35% diperoleh dari sumber tempatan. Daripada jumlah 35% bekalan tempatan itu, 75% diambil dari sumber liar atau hutan, Sementara herba yang ditanam pula kebanyakannya adalah untuk makanan. Pengeluaran dan pasaran bahan mentah herba adalah sama seperti tanaman baru lain iaitu saluran pasaran dan harga yang tidak stabil. Pengeluaran pelbagai produk herba amat perlu disokong dengan bekalan bahan mentah yang berkualiti, dalam jumlah yang mencukupi dan bekalan yang berterusan.Usaha untuk mengeluarkan bahan mentah ini amat bergantung pada teknologi industri huluan yang efektif agar bahan mentah yang dikeluarkan memenuhi kualiti minimum ditetapkan.

Reference :
Majalah Agromedia
Sinar Harian

Tuesday, January 21, 2014

Ginseng Jawa



Nama Herba : Ginseng Jawa
Nama Lain : Som Jawa, Akar Som, Kolesom
Nama Botani : Talinum crassifolium Willd

Pengenalan :

 Tumbuhan semusim yang berasal dari Amerika Selatan, Pokok ini tumbuh meliar tapi ada yang menanamnya untuk dijadikan tanaman hiasan atau herba. Akarnya seakan akan ginseng korea, berbatang lembut tidak  berkayu, mempunyai bunga berwarna ungu dan buah kecil yang biji benih nya apabila masak berwarna hitam.

Khasiat Ginseng Jawa :

1. Daunnya boleh dibuat ulam makan bersama nasi untuk awet muda (amalan sesetengah tempat).
2. Daunnya ditumbuk halus dan dicampur dengan gula merah untuk merawat bisul.
3. Mengatasi badan lesu, pening
4. Akarnya digunakan untuk ubatbatuk dan asma.
5. Merawat lemah tenaga batin.
6. Daunnya berkhasiat untuk melancarkan pengeluaran susu ibu.
7. Daunnya digunakan untuk meningkatkan selera makan.

Penggunaan herba ini sebagai ubat dalaman harus mendapat  nasihat daripada pakar herba bagi mengelakkan keracunan.


Ginseng Jawa membiak melalui biji benih dan keratan batang.. Habitat nya di kawasan separa teduh dan bersaliran baik..  Akar ginseng jawa mengandungi saponin dan flavonoid. Ia baik untuk menguatkan paru-paru dan bersifat afrodisiak. Daunnya mengandungi saponin, flavonoid dan steroid. Saponin bersifat antiradang. Flavonoid dapat merawat pembengkakan, jangkitan bakteria, antivirus dan antihistamin. Tannin pula bersifat sejuk.



Saturday, October 19, 2013

Serai Acheh






Ni gambar pokok serai acheh, daunnya berbau serai.  Antara kegunaan nya adalah seperti berikut.

Dalam masakan :

Sebagai perasa masakan menggantikan serai.

Dalam Perubatan :

1. Ubat lepas bersalin.
2. Membuang angin dalam badan.
3. Melancarkan pengaliran darah.

Sunday, September 22, 2013

Baja organik EM (Bokashi)


Baja organik EM (Bokashi) bagus untuk semua jenis tanaman. Berminat sila email ke zazackie@gmail.com

Tuesday, September 17, 2013

Produk Stevia


Teh Stevia


 Ekstrak Stevia

KEPADA SESIAPA INGIN MENDAPATKAN PRODUK STEVIA DALAM BENTUK TEH @ EKSTRAK BOLEH HUBUNGI ADMIN DI ALAMAT EMAIL 
zazackie@gmail.com 

Minimum order 3 kotak