Monday, August 5, 2024

Nak awet muda? Amalkan jer 10 jenis tumbuhan herba ni..


Mengamalkan herba semula jadi boleh menjadi cara yang baik untuk menjaga kesihatan dan mengekalkan awet muda. Berikut adalah 10 jenis tumbuhan herba yang sering dikaitkan dengan kesihatan dan kecantikan yang lebih baik:

1. Ginseng
Ginseng terkenal dengan manfaatnya untuk meningkatkan tenaga, memperbaiki sistem imun, dan mengurangkan stres. Ia juga boleh membantu memperbaiki tekstur kulit dan mengurangkan tanda-tanda penuaan.

2. Pegaga 
Pegaga dipercayai dapat membantu memperbaiki kesihatan kulit, mengurangkan kedutan, dan mempercepatkan penyembuhan luka. Ia juga dikatakan dapat meningkatkan peredaran darah dan fungsi kognitif.


3. Kunyit
Kunyit mengandungi curcumin, yang mempunyai sifat anti-radang dan antioksidan. Ia boleh membantu melawan kerosakan akibat radikal bebas dan memperbaiki kesihatan kulit.

4. Aloe Vera
Aloe Vera terkenal dengan khasiatnya untuk menyembuhkan dan melembapkan kulit. Ia membantu merawat sunburn, keradangan, dan kekeringan kulit, serta memberikan kesan awet muda.

5. Daun Kari
Daun kari kaya dengan vitamin A, B, C, dan E, yang penting untuk kesihatan kulit. Ia juga mengandungi antioksidan yang membantu melawan tanda-tanda penuaan dan memperbaiki kesihatan rambut.

6. Cekur   
Cekur kaya dengan antioksidan yang dapat membantu melawan radikal bebas dalam badan. Radikal bebas dapat merosakkan sel-sel dan mempercepat proses penuaan. Dengan mengamalkan makanan yang kaya antioksidan dapat membantu melindungi kulit dan tubuh dari penuaan.



7. Lempoyang
Ekstrak dari rizom lempoyang sering digunakan dalam produk perawatan kulit untuk pelembap dan penyegar. Sifat hidrasi dari tanaman ini membantu menjaga kelembapan kulit, sehingga kulit nampak lebih muda dan segar. Sifat anti inflamasi dari lempoyang membantu mengurangkan keradangan di kulit, yang menjadi penyebab munculnya masalah kulit seperti jerawat dan iritasi. Apabila radang berkurangan, kulit nampak lebih bersih dan sihat.

8. Kunyit
Selain digunakan dalam masakan kunyit juga boleh digunakan untuk merawat dan mencerahkan kulit, mengurangkan pigmentasi, dan melawan tanda-tanda penuaan seperti kedut dan garis halus. Masker wajah yang berasaskan kunyit dapat membantu mencerah dan menyegarkan kulit.

9. Temu Lawak
Temu lawak boleh digunakan untuk merawat kulit bermasalah seperti jerawat, kulit kusam, dan tanda-tanda penuaan. Senyawa anti inflamasi dan antimikroba dalam temu lawak membantu mengurangkan keradangan dan jangkitan kulit. Di Indonesia, temu lawak sering digunakan dalam jamu dan pengubatan tradisional. Tanaman ini terkenal karena kandungan senyawa aktifnya, seperti curcumin dan xanthorrhizol, yang memiliki berbagai manfaat kesihatan. 


10. Halia Bara
Halia bara, juga dikenali sebagai Zingiber officinale var. rubrum, adalah sejenis halia merah yang sering digunakan dalam pengubatan tradisional. Halia jenis ini memiliki rasa yang lebih pedas berbanding halia biasa. Halia bara kaya dengan antioksidan yang membantu melindungi sel-sel tubuh dari kerusakan oksidatif akibat radikal bebas. Antioksidan ini penting untuk melambatkan proses penuaan, menjaga kesihatan kulit dan mencegah kedut serta garis halus di muka. Halia bara terkenal dengan kemampuannya untuk meredakan gangguan pencernaan seperti kembung, mual, dan sakit perut. Ini dapat membantu meningkatkan kesihatan pencernaan secara keseluruhan, yang penting untuk penyerapan nutrisi yang optimum.


Selain mengamalkan herba ini, penting juga untuk menjaga diet seimbang, minum air yang mencukupi, bersenam secara teratur, dan menjaga minda serta emosi untuk kekalkan kesihatan secara menyeluruh. Okey sekian sahaja untuk kali ni. Semoga bermanfaat.
 

Sunday, June 2, 2024

Geram tengok siput babi rosak kan tanaman?. Tips ni berguna untuk anda !!!.


 Salam hormat dan salam ceria sahabat semua. Hari ni admin nak bercerita mengenai siput babi perosak tanaman. Nama saintifiknya adalah Achatina fulica. Bagi yang suka bercucuk tanam masalah siput ni memang dah tak asing lagi Memang geram dibuatnya.. 

Haiwan yang kecil, bercengkerang dan bergerak perlahan ni kalau dah serang tanaman memang boleh mati terus tanaman tu  kalau tak diatasi dengan segera., Antara tanda tanda kehadiran siput ni kita akan dapati daun tanaman banyak yang berlubang dan satu lagi adalah terdapatnya kesan cecair berlendir di sekitar kawasan tanaman. Siput akan mengeluarkan cecair berlendir apabila ia bergerak. 

Dibawah ni admin ada kongsikan beberapa tips yang berguna untuk anda atasi masalah serangan siput perosak tanaman ni... jom sama - sama kita tengok :


1. Semburan air bawang putih boleh digunakan untuk menghalang dan membunuh siput ni. Tumbuk atau blend beberapa ulas bawang putih kemudian tapis untuk dapatkan airnya kemudian sembur pada tanaman yang diserang siput tu.

2. Kutip dan buang ke tempat lain - ni bagi mereka yang tak geli nak pegang siput ni, senang je..kutip dan kemudian buangkan ke tempat lain.

3. Guna semburan air kopi - Kandungan cafein dalam kopi dikatakan boleh membunuh siput. Caranya senang je.. bancuh sikit air kopi..tak perlu letak gula pun tak pe.. :) kemudian sembur kan pada tempat siput tu berkumpul. atau nak taburkan serbuk kopi di laluan siput tu pun boleh, tanaman anda pun dapat sumber nitrogen yang organik.

4. Taburkan kulit telur  - kena keringkan dulu kulit telur, bila dah betul-betul kering hancurkan kemudian letak kan di laluan siput. Permukaan yang tajam biasanya tak disukai oleh siput, mereka akan mengelakkan diri dari melalui kawasan tersebut. Selain tu kulit telur boleh menjadi sumber bekalan kalsium kepada tanaman. 

 


5. Guna racun siput - Terdapat banyak jenis racun siput yang ada dijual dipasaran seperti esaro, siputox dan pelbagai lagi. Kalau nak mudah dan cepat beli online je, 

Nak dapatkan racun siput boleh beli secara online di butang buy now di bawah ni. 👇👇👇



6. Garam epsom. - taburkan garam epsom disekeliling tanaman anda. Apabila siput terkena garam, kulitnya yang lembap akan menjadi kering dan menyebabkan kematian. Cara ni bukan je boleh mengelakkan si pemakan daun tu terus berleluasa malah siput kecil pun boleh lenyap secara beransur-ansur.

7. Kawalan biologi. - Kehadiran siput juga boleh dihalang dengan memelihara atau membiarkan kehadiran haiwan lain yang merupakan pemangsa kepada siput. Contohnya seperti itik, katak, kura-kura, mengkarung, ayam atau pun burung. 


Sekian sahaja untuk perkongsian kali ni. Semoga bermanfaat. Jangan lupa share ya. :) Hingga bertemu lagi di posting yang akan datang. Wassalam.



Monday, January 15, 2024

Khasiat daun sireh untuk kesihatan dan kecantikan.

 

 Sirih atau nama saintifiknya piper betle, sejenis tanaman asli yang tumbuh secara menjalar atau bersandar pada batang pohon lain serta memiliki banyak manfaat untuk kesihatan.

Manfaat daun sirih dalam mengatasi pelbagai masalah kesihatan sudah terbukti sejak dulu lagi. Ramai individu menggunakan daun sirih dalam kehidupan seharian mereka terutama bagi menjaga aspek kesihatan dan kecantikan semula jadi.

Dari aspek kesihatan, daun sirih memiliki kandungan nutrisi yang amat baik untuk tubuh, malah nutrisi itu menjadi faktor pendorong kepada badan untuk bekerja lebih baik.

Dalam adat istiadat Melayu terutama pada majlis perkahwinan bermula daripada merisik, pertunangan, bernikah, bersanding dan beradu, daun memainkan peranannya yang tersendiri.

Sirih memiliki dua jenis daun sirih, iaitu sirih hijau dan merah, namun lebih ramai yang mengenali daun sirih hijau.  

Daun sirih mengandungi eugonol yang bersifat antifungus, juga mengandungi antiseptik yang boleh menghalang pembiakan bakteria pada kulit.

Berikut antara manfaat sirih:

• Daun sirih mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan gatal kulit seperti kurap dan kayap.

• Menghilangkan sakit tekak, bengkak di bahagian tekak dan batuk berkahak.

• Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk wanita berpantang.

• Menghalang dan menghentikan hidung berdarah.

• Membantu menghilangkan bisa dan bengkak kesan gigitan serangga dan tebuan.

• Menghilangkan atau meneutralkan bau badan dan bau.

• Mengurangkan demam panas serta kembung kanak-kanak.

• Menghilangkan sakit kepala, gatal dan kelemumur.

• Membantu merawat organ intim wanita

• Bantu mencantikkan wajah, menghilangkan kusam, parut jerawat, jeragat, selain melembapkan dan mencerahkan kulit, melebatkan bulu kening dan dijadikan masker.

• Sebagai bahan pembalut untuk tangan terseliuh atau patah.

• Merawat penyakit sendi dan bisa tulang.

Friday, January 12, 2024

7 Khasiat Daun Durian Belanda

1) Mencegah Dan Mengubati Kanser :
Ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua. Kemudian rebuslah dengan 3 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan surut sehingga menjadi segelas air sahaja. Minum dua kali sehari, selama dua minggu atau sehingga kanser yang dihidapi itu sembuh.

2) Sakit Pinggang:
Ambillah 20 helai daun durian belanda. Kemudian rebus dengan sukatan 5 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan tinggal sebanyak 3 gelas sahaja. Setelah itu, minumlah ¾ gelas air rebusan tersebut sekali sehari.

3) Menguatkan Daya Ketahanan Tubuh :
Khasiat daun durian belanda juga mampu menguatkan daya ketahanan tubuh. Ambil 5 helai daun durian belada. Rebus dengan sukatan 4 gelas air. Biarkan mendidih dan biarkan sehingga menjadi 1 gelas.Minumlah sehari sekali.

4) Mengatasi Diabetis :
Untuk mengatasi diabetis atau penyakit kencing manis, minumlah air rebusan daun durian belanda sehingga kadar gula dalam darah anda betul-betul stabil. Khaisat daun durian belanda boleh menurunkan kadar gula dalam darah.


5) Menurunkan Tekanan Darah Tinggi :
Hipertnesi atau penyakit darah tinggi merupakan salah satu faktor mengundang penyakit strok.Sekiranya anda sudah memiliki tanda-tanda penyakit tersebut,sebaiknya minum air rebusan daun durian belanda untuk menstabilkan tekanan darah anda.

6) Mengatasi Buasir :

Untuk mengatasi masalah buasir, ambil 10 helai daun durian belanda tua. Kemudian rebus dengan 3 gelas air, didihkan sehingga menjadi 1 gelas. Setelah suam, minumlah sekali sehari sehingga penyakit buasir sembuh.

7) Mengubati Sakit Urat/Saraf :
Khasiat daun durian belanda dapat membantu mengubati sakit urat atau sakit saraf.Rebus 10 helai daun durian belanda tua, tetapi warnanya masih hijau pekat. Cuci bersih dan setelah itu rebus dengan sukatan 2 gelas air, didihkan biarkan menjadi 1 gelas.Minumlah dua kali sehari, pagi dan petang untuk mendapatkan khasiat sebenarnya.

Dapatkan daun durian belanda di sini :
👇👇👇
NAK BELI DAUN DURIAN BELANDA

 



Sunday, December 10, 2023

Pokok Herba Sambung Nyawa

 

"Pokok herba sambung nyawa" merujuk kepada tumbuhan herba yang dikenali sebagai Gynura procumbens. Tumbuhan ini juga dikenali dengan pelbagai nama tempatan seperti "Daun Dewa," "Sambung Nyawa," atau "Akar Sebiak." Ia biasanya ditemui di kawasan tropika dan digunakan dalam perubatan tradisional di beberapa kawasan Asia.

Beberapa potensi manfaat yang dikaitkan dengan pokok herba sambung nyawa adalah:

  1. Anti-radang: Herba ini dikatakan mempunyai sifat anti-radang, yang boleh membantu mengurangkan keradangan dalam tubuh.

  2. Antioksidan: Herba sambung nyawa mengandungi bahan antioksidan yang dapat membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

  3. Pengurangan Kadar Gula Darah: Beberapa penyelidikan awal menunjukkan bahawa herba ini mungkin membantu mengurangkan kadar gula darah dalam kalangan individu yang mengalami masalah diabetes.

  4. Sokongan kepada Sistem Pencernaan: Herba ini juga dikatakan mempunyai sifat-sifat yang dapat menyokong kesihatan sistem pencernaan.

  5. Perubatan Tradisional: Dalam amalan perubatan tradisional, herba sambung nyawa sering digunakan untuk merawat pelbagai penyakit, termasuk masalah kulit, demam, dan penyakit lain.

Walaupun terdapat beberapa manfaat yang dikaitkan dengan herba sambung nyawa, penting untuk diingat bahawa penelitian saintifik terhadap tumbuhan ini masih dalam peringkat awal. Sebelum menggunakan herba atau suplemen apa pun untuk tujuan perubatan, penting untuk berbincang dengan profesional kesihatan yang berkelayakan untuk mendapatkan nasihat yang sesuai, terutamanya jika anda sedang mengambil ubat-ubatan lain atau mempunyai sebarang masalah kesihatan yang sedia ada.