Sunday, June 2, 2024

Geram tengok siput babi rosak kan tanaman?. Tips ni berguna untuk anda !!!.


 Salam hormat dan salam ceria sahabat semua. Hari ni admin nak bercerita mengenai siput babi perosak tanaman. Nama saintifiknya adalah Achatina fulica. Bagi yang suka bercucuk tanam masalah siput ni memang dah tak asing lagi Memang geram dibuatnya.. 

Haiwan yang kecil, bercengkerang dan bergerak perlahan ni kalau dah serang tanaman memang boleh mati terus tanaman tu  kalau tak diatasi dengan segera., Antara tanda tanda kehadiran siput ni kita akan dapati daun tanaman banyak yang berlubang dan satu lagi adalah terdapatnya kesan cecair berlendir di sekitar kawasan tanaman. Siput akan mengeluarkan cecair berlendir apabila ia bergerak. 

Dibawah ni admin ada kongsikan beberapa tips yang berguna untuk anda atasi masalah serangan siput perosak tanaman ni... jom sama - sama kita tengok :


1. Semburan air bawang putih boleh digunakan untuk menghalang dan membunuh siput ni. Tumbuk atau blend beberapa ulas bawang putih kemudian tapis untuk dapatkan airnya kemudian sembur pada tanaman yang diserang siput tu.

2. Kutip dan buang ke tempat lain - ni bagi mereka yang tak geli nak pegang siput ni, senang je..kutip dan kemudian buangkan ke tempat lain.

3. Guna semburan air kopi - Kandungan cafein dalam kopi dikatakan boleh membunuh siput. Caranya senang je.. bancuh sikit air kopi..tak perlu letak gula pun tak pe.. :) kemudian sembur kan pada tempat siput tu berkumpul. atau nak taburkan serbuk kopi di laluan siput tu pun boleh, tanaman anda pun dapat sumber nitrogen yang organik.

4. Taburkan kulit telur  - kena keringkan dulu kulit telur, bila dah betul-betul kering hancurkan kemudian letak kan di laluan siput. Permukaan yang tajam biasanya tak disukai oleh siput, mereka akan mengelakkan diri dari melalui kawasan tersebut. Selain tu kulit telur boleh menjadi sumber bekalan kalsium kepada tanaman. 

 


5. Guna racun siput - Terdapat banyak jenis racun siput yang ada dijual dipasaran seperti esaro, siputox dan pelbagai lagi. Kalau nak mudah dan cepat beli online je, 

Nak dapatkan racun siput boleh beli secara online di butang buy now di bawah ni. ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡



6. Garam epsom. - taburkan garam epsom disekeliling tanaman anda. Apabila siput terkena garam, kulitnya yang lembap akan menjadi kering dan menyebabkan kematian. Cara ni bukan je boleh mengelakkan si pemakan daun tu terus berleluasa malah siput kecil pun boleh lenyap secara beransur-ansur.

7. Kawalan biologi. - Kehadiran siput juga boleh dihalang dengan memelihara atau membiarkan kehadiran haiwan lain yang merupakan pemangsa kepada siput. Contohnya seperti itik, katak, kura-kura, mengkarung, ayam atau pun burung. 


Sekian sahaja untuk perkongsian kali ni. Semoga bermanfaat. Jangan lupa share ya. :) Hingga bertemu lagi di posting yang akan datang. Wassalam.



No comments:

Post a Comment