Saturday, October 6, 2012

Acar Buah

 Acar buah merupakan produk sampingan selain dari herba. Dibawah ada sedikit gambar acarbuah tersebut..





Thursday, October 4, 2012

BAGAIMANA TUMBUHAN HERBA DIJADIKAN SEBAGAI UBAT

Tidak syak lagi bahawa tumbuhan adalah merupakan rahmat Allah s.w.t yang tidak ternilai kepada manusia. Bukan sahaja sebagai bahan makanan sehari – hari, bahkan untuk kegunaan berbagai bidang kehidupan mereka. Termasuklah bidang perubatan, menyembuh dan membasmi berbagai jenis penyakit.
Sejak dari zaman purba manusia primitif yang hidup disesuatu bahagian mukabumi ini, mungkin sudah dapat mengenali segala jenis tumbuhan yang terdapat di sekitar kawasan kediaman mereka. Mereka sudah dapat memastikan dan membezakan diantara tumbuhan yang boleh dimakan dengan tumbuhan yang mengandungi racun yang boleh memudaratkan.
Mereka juga memerhatikan dan mengambil tahu akan jenis tumbuhan yang lazim dimakan oleh binatang peliharaan seperti kucing. Terutama apabila melihat binatang itu tidak sihat. Maka mereka dapat pula pengetahuan mengenali jenis tumbuh – tumbuhan yang berkhasiat. Lalu disesuaikan dengan pengalaman mereka sendiri untuk dijadikan bahan perubatan. Demikianlah manusia sejak zaman berzaman sudah mempunyai kesanggupan mengubat, menyembuhkan berbagai jenis penyakit dengan menggunakan beberapa jenis tumbuh – tumbuhan.
Khasiat beberapa jenis tumbuh – tumbuhan tertentu yang pada mulanya hanya diketahui oleh kaum peribumi setempat itu sahaja, rupa – rupanya telah membawa rahmat kepada umat manusia serta dunia, sama ada untuk menyembuhkan penyakit tertentu ataupun dalam sesuatu bidang perubatan. Misalnya, pokok chichona, yang berasal dari Peru itu, setelah diproses oleh pakar – pakar perubatan moden telah menghasilkan quinine, ubat mujarab untuk menyembuhkan penyakit malaria. Daun – daun dari pokok koka, setelah diproses mengasilkan kokain, iaitu ubat pelali atau bius. Sementara opium yang diproses dari bunga popi, menjadi bahan ubatan untuk mengubati beberapa jenis penyakit dan tidak terkecuali dalam perubatan Melayu tradisional.
Menyentuh perkara tumbuhan sebagai bahan ubat – ubatan ini, maka kepulauan Melayu ini bolehlah disifatkan sebagai gedung ubat yang amat besar. Segenap hutan belukar, bukit bakau, lembah, paya, sawah, padang, kampung dusun, bahkan di kawasan kediaman sendiri terdapat tumbuhan yang berbagai jenisnya. Oleh yang demikian seperti juga peribumi di bahagian – bahagian lain di muka bumi ini, orang Melayu sudah mengetahui akan khasiat tumbuh – tumbuhan yang terdapat di sekitar mereka. Maka dari pengetahuan inilah terbitnya gelaran – gelaran dukun, bomoh, pawang dan sebagainya.
Kebiasaannya cara ubatan tradisional Melayu menggunakan beberapa jenis tumbuh – tumbuhan herba dalam merawat sesuatu jenis penyakit. Dimana tumbuh – tumbuhan herba ini akan dicampurkan bersama – sama mengikut cara – cara yang tertentu. Sama ada dengan cara memasak kesemua tumbuhan tersebut ataupun dengan mengilingnya dan berbagai cara lagi. Diantara contoh – contohnya adalah seperti di sebelah :
  1. PENYAKIT KEPIALU
  2. Ambil biji sesawi, akar kawi, jerangau bonglai, temu putih, daun rembega dan daun kebas bendang. Giling sehingga lumat dan campurkan dengan air. Kemudian lumurkan pada seluruh badan ataupun boeh juga diminum.
  3. Demam panas
  4. Ambil gelang sambar dara, setawar, pucuk lancung, adas manis,bunga pulasan, putik bebaru, bawang putih, bawang merah, mesui dan pinag muda. Kesemua bahan ini ditumbuk sehingga lumat dan dicampurkan dengan air, kemudian minum.
  5. Muntah
  6. Ambil buah pala dan bawang putih sebiji lalu dimakan dengan sakar.
  7. Sakit Kepala
  8. Ambil daun pegaga, kapur barus dan sendawa. Giling sehingga lumat dan tempelkan di kepala yang sakit itu.
  9. Kayap
  10. Ambil daun cucuran atap, daun kedondong dan daun lada pahit. Giling dan kemudian sapu.
  11. Panau
Ambil cendana dan tuba tikus, asah dengan air limau nipis. Bubuhkan pada tempat panau itu.

Wednesday, June 20, 2012

Anak Pokok Durian Belanda Untuk Dijual


Anak pokok durian belanda untuk dijual..

Stok ada dalam 100 -300 anak pokok .

Cepat !!! Selagi stok masih ada.

zack = 0122351623

Monday, June 18, 2012

INFO BERKAITAN MENGKUDU

 
 
 Kajian University Hawaii, Honolulu, Amerika Syarikat mendapati buah mengkudu sangat berkesan merawat masalah berat badan, kulit dan rambut. Ia juga kaya dengan polisakarida sebagai anti tumor, merawat masalah strok, kanser, athritis, tekanan darah tinggi, kesakitan yang kronik, penyakit jantung, kencing manis dan pelbagai masalah yang membabitkan sistem tubuh manusia.

Masyarakat Melayu sendiri menggunakan daunnya untuk menjadi pelapik tungku yang digunakan oleh ibu-ibu ketika dalam pantang. Daun yang terkena haba tungku yang panas dikatakan mengeluarkan sejenis aroma dan khasiat istimewa yang membantu merangsang pemulihan rahim dan menegangkan semula kulit perut yang kendur dan menggeleber selepas melahirkan anak.
 
Kalau kelapa digelar buah seribu guna, buah mengkudu pula digelar penawar terbaik oleh kelompok saintis seluruh dunia. Mengkudu atau nama saintifiknya Morinda Citrifolia mempunyai rasa dan bau yang meloyakan. Namun disebalik bau yang kurang menyenangkan, khasiatnya sungguh menakjubkan, baik dari segi perubatan moden mahupun tradisional, terutamanya penduduk negara tropika seluruh dunia.
 
 
Di negara seperti Polynesia, Samoa, Tonga, Kepulauan Marguesas dan Hawaii, buah mengkudu memang menjadi pemakanan kesihatan. Sewaktu perang dunia kedua askar yang berpengkalan di Kepulauan Polynesia diajar memakan buah mengkudu oleh masyarakat pribumi pulau itu bertujuan meningkatkan tahap kesihatan mereka.

Begitu juga dengan penduduk Raratonga dan Fiji, mereka memakan buah mengkudu dengan garam seperti memakan buah asam saja.

Sementara di Tahiti, pokok mengkudu sengaja ditanam bagi menyerikan lanskap pulau kerana pokoknya rendang dan sederhana tinggi dengan hanya di antara 4.5 dan 6 meter itu memberikan pemandangan yang cukup cantik dan indah.

Biasanya mengkudu berbuah sepanjang tahun. Buahnya yang matang berukuran hampir sama dengan sebiji kentang. Buah muda berwarna hijau terang manakala berwarna putih kekuningan apabila cukup ranum.

Masyarakat Tahiti biasanya akan memetik buah yang hampir masak bagi mengelakkan ia meranum di pokok dan pecah apabila gugur ke bumi.

Ia kemudian disimpan di dalam sebuah balang khas dan didedahkan kepada cahaya matahari. Apabila cukup ranum, puri dan jusnya diambil bagi tujuan merawati masalah ketegangan.

Dari aspek perubatan moden, mengkudu didapati kaya dengan Proxeronine, sejenis alkoloid yang digunakan oleh tubuh bagi memulih dan menguatkan sel-sel. Dr. R. M. Heinicke juga menjumpai kandungan Xeronine yang rendah di dalam buah mengkudu. Bahan ini gunanya mengaktifkan pengeluaran Proxeronine.

Selain itu, ada juga kandungan enzim yang mencergaskan Proxeronine yang kemudiannya akan saling bekerjasama dan menghasilkan sejenis protin yang fungsinya berbeza kepada sel-sel.

Xeronine tugasnya membaik pulih sel yang rosak.

Begitulah keunikan buah mengkudu walaupun ia dikenali dengan banyak nama seperti Noni (Hawaii dan Kepuluan Marguesas), Nono (Samoa dan Tonga), Nonu (Kepulauan Pasifik Selatan) tetapi bangsa Perancis di Polynesia memberikan namanya Morinda Citrifolia.

Wednesday, May 9, 2012

Pokok Jarum 7 bilah


Satu lagi pokok herba yang ada disini, jarum 7 bilah. Nama saintifik bagi pokok ini ialah pereskia sacharosa atau saecnarosa. Nama lain ialah Bintang Tujuh, Pokok Kanser, Chat Sim  Chan, Pokok Barah, Jarum Tujuh dan Pereskia. Ia keluarga kaktus. Daunnya yang rangup dijadikan ulam atau salad.

Dikatakan dapat merawat kanser kolon atau usus besar, kanser hidung dan kanser lain.
Tiga cara menggunakannya ialah masukkan 2 helai daunnya ke dalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum. Kedua, daunnya dimakan sebagai ulam sebanyak 1-3 helai setiap hari. Ketiga dengan cara mengisar daunnya hingga lumat campurkan dengan air dan jusnya diminum.




Nak biak kan pokok nie senang jer, pakai keratan batang, tapi hati2..duri banyak der.. pokok nie family pokok kaktus, so banyak duri.. hati2..

Saya dah try makan daun nie buat ulam, ok jer.. x lah pahit pun, cumer belendir jer..