Kajian University Hawaii, Honolulu, Amerika Syarikat mendapati buah
mengkudu sangat berkesan merawat masalah berat badan, kulit dan rambut.
Ia juga kaya dengan polisakarida sebagai anti tumor, merawat masalah
strok, kanser, athritis, tekanan darah tinggi, kesakitan yang kronik,
penyakit jantung, kencing manis dan pelbagai masalah yang membabitkan
sistem tubuh manusia.
Masyarakat Melayu sendiri
menggunakan daunnya untuk menjadi pelapik tungku yang digunakan oleh
ibu-ibu ketika dalam pantang. Daun yang terkena haba tungku yang panas
dikatakan mengeluarkan sejenis aroma dan khasiat istimewa yang membantu
merangsang pemulihan rahim dan menegangkan semula kulit perut yang
kendur dan menggeleber selepas melahirkan anak.
Kalau kelapa digelar buah seribu guna, buah mengkudu pula digelar
penawar terbaik oleh kelompok saintis seluruh dunia. Mengkudu atau nama
saintifiknya Morinda Citrifolia mempunyai rasa dan bau yang meloyakan.
Namun disebalik bau yang kurang menyenangkan, khasiatnya sungguh
menakjubkan, baik dari segi perubatan moden mahupun tradisional,
terutamanya penduduk negara tropika seluruh dunia.
Di negara seperti Polynesia, Samoa, Tonga, Kepulauan Marguesas dan
Hawaii, buah mengkudu memang menjadi pemakanan kesihatan. Sewaktu perang
dunia kedua askar yang berpengkalan di Kepulauan Polynesia diajar
memakan buah mengkudu oleh masyarakat pribumi pulau itu bertujuan
meningkatkan tahap kesihatan mereka.
Begitu juga dengan penduduk Raratonga dan Fiji, mereka memakan buah mengkudu dengan garam seperti memakan buah asam saja.
Sementara
di Tahiti, pokok mengkudu sengaja ditanam bagi menyerikan lanskap pulau
kerana pokoknya rendang dan sederhana tinggi dengan hanya di antara 4.5
dan 6 meter itu memberikan pemandangan yang cukup cantik dan indah.
Biasanya
mengkudu berbuah sepanjang tahun. Buahnya yang matang berukuran hampir
sama dengan sebiji kentang. Buah muda berwarna hijau terang manakala
berwarna putih kekuningan apabila cukup ranum.
Masyarakat
Tahiti biasanya akan memetik buah yang hampir masak bagi mengelakkan ia
meranum di pokok dan pecah apabila gugur ke bumi.
Ia
kemudian disimpan di dalam sebuah balang khas dan didedahkan kepada
cahaya matahari. Apabila cukup ranum, puri dan jusnya diambil bagi
tujuan merawati masalah ketegangan.
Dari aspek
perubatan moden, mengkudu didapati kaya dengan Proxeronine, sejenis
alkoloid yang digunakan oleh tubuh bagi memulih dan menguatkan sel-sel.
Dr. R. M. Heinicke juga menjumpai kandungan Xeronine yang rendah di
dalam buah mengkudu. Bahan ini gunanya mengaktifkan pengeluaran
Proxeronine.
Selain itu, ada juga kandungan
enzim yang mencergaskan Proxeronine yang kemudiannya akan saling
bekerjasama dan menghasilkan sejenis protin yang fungsinya berbeza
kepada sel-sel.
Xeronine tugasnya membaik pulih sel yang rosak.
Begitulah
keunikan buah mengkudu walaupun ia dikenali dengan banyak nama seperti
Noni (Hawaii dan Kepuluan Marguesas), Nono (Samoa dan Tonga), Nonu
(Kepulauan Pasifik Selatan) tetapi bangsa Perancis di Polynesia
memberikan namanya Morinda Citrifolia.
No comments:
Post a Comment