Perubatan herba merupakan satu kaedah alternatif kepada kaedah perubatan
moden dengan menggunakan bahan-bahan alam semula jadi seperti tongkat
ali,kacip fatimah,serai wangi,sambung nyawa,kunyit,kayu manis,pengaga,misai kucing
dan sebagainya.Di Malaysia,kira-kira 1230 spesies tumbuh-tumbuhan telah
dimanfaatkan dalam pelbagai bentuk ubat-ubatan herba.
Kebanyakan produk herba tempatan masih dalam segmen pasaran bernilai rendah seperti minuman yang diperkaya dengan herba. Kepelbagaian ke arah produk herba bernilai tinggi berasaskan ekstrak terpiawai dan disahkan melalui ujian klinikal adalah masih lemah kerana ketiadaan jaguh industri, kelemahan R&D, pelaburan yang besar untuk ujian klinikal dan kesukaran untuk memasuki pasaran antarabangsa.
Pada dasarnya, pengguna tidak begitu arif mengenai kepelbagaian produk herba yang terdapat di pasaran.
Tetapi, walau bagaimanapun caranya, setiap pengguna perlu tahu jenis
produk yang mereka ambil dan ini dapat mengelakkan daripada
penyalahgunaan produk herba. Dari aspek penjagaan kesihatan, produk herba perlu diambil secara terkawal untuk mengelakkan kesan negatif penyalahgunaannya seperti apa yang berlaku kepada daun ketum dan ganja. Kedua-dua herba ini amat berguna dalam penjagaan kesihatan tetapi berisiko kerana boleh mendatangkan kesan buruk apabila disalahgunakan.
Herba biasanya dikelaskan berasaskan kegunaan akhirnya dan bahagian pokok yang digunakan. Terdapat lima kategori utama produk herba iaitu :
1. Makanan - makanan kesihatan, makanan tambahan, bahan perisa dan pewarna makanan.
2. Ubatan herba - ubatan tradisional, fito-ubatan.
3. Penjagaan diri - kosmetik dan wangian.
4. Industri kimia - biopestisid, wangian.
5. Farmaseutikal - dadah tersenarai, dadah tidak tersenarai.
Majoriti bekalan bahan mentah industri herba negara diperoleh dari
sumber import sebanyak 65% datang dari China, India dan Indonesia, dan hanya 35% diperoleh dari
sumber tempatan. Daripada jumlah 35% bekalan tempatan itu, 75% diambil dari sumber liar atau hutan,
Sementara herba yang ditanam pula kebanyakannya adalah untuk makanan. Pengeluaran dan pasaran bahan mentah herba adalah sama seperti tanaman
baru lain iaitu saluran pasaran dan harga yang tidak stabil. Pengeluaran pelbagai produk herba amat perlu disokong dengan bekalan
bahan mentah yang berkualiti, dalam jumlah yang mencukupi dan bekalan
yang berterusan.Usaha untuk mengeluarkan bahan mentah ini amat
bergantung pada teknologi industri huluan yang efektif agar bahan mentah
yang dikeluarkan memenuhi kualiti minimum ditetapkan.
Reference :
Majalah Agromedia
Sinar Harian
Assalamualaikum..Nurseri kami ada menjual pokok2 herba & ulaman...stok anak pokok rerama hijau & stevia pun ada..lokasi seksyen 8---sg ramal dlm,bangi,selangor..harga berpatutan dan perkhidmatan pos juga disediakan..hubungi D'Kaduk Herbs & Floral : 0123106846 -Faizal@ 0122440099 -Azizi
ReplyDelete