Tuesday, January 21, 2014

Ginseng Jawa



Nama Herba : Ginseng Jawa
Nama Lain : Som Jawa, Akar Som, Kolesom
Nama Botani : Talinum crassifolium Willd

Pengenalan :

 Tumbuhan semusim yang berasal dari Amerika Selatan, Pokok ini tumbuh meliar tapi ada yang menanamnya untuk dijadikan tanaman hiasan atau herba. Akarnya seakan akan ginseng korea, berbatang lembut tidak  berkayu, mempunyai bunga berwarna ungu dan buah kecil yang biji benih nya apabila masak berwarna hitam.

Khasiat Ginseng Jawa :

1. Daunnya boleh dibuat ulam makan bersama nasi untuk awet muda (amalan sesetengah tempat).
2. Daunnya ditumbuk halus dan dicampur dengan gula merah untuk merawat bisul.
3. Mengatasi badan lesu, pening
4. Akarnya digunakan untuk ubatbatuk dan asma.
5. Merawat lemah tenaga batin.
6. Daunnya berkhasiat untuk melancarkan pengeluaran susu ibu.
7. Daunnya digunakan untuk meningkatkan selera makan.

Penggunaan herba ini sebagai ubat dalaman harus mendapat  nasihat daripada pakar herba bagi mengelakkan keracunan.


Ginseng Jawa membiak melalui biji benih dan keratan batang.. Habitat nya di kawasan separa teduh dan bersaliran baik..  Akar ginseng jawa mengandungi saponin dan flavonoid. Ia baik untuk menguatkan paru-paru dan bersifat afrodisiak. Daunnya mengandungi saponin, flavonoid dan steroid. Saponin bersifat antiradang. Flavonoid dapat merawat pembengkakan, jangkitan bakteria, antivirus dan antihistamin. Tannin pula bersifat sejuk.



2 comments:

  1. Untuk masa panennya berapa bulan, apakah tanaman tersebut perlu perawatan menggunakan pestisida?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..Nurseri kami ada menjual pokok2 herba & ulaman...stok anak pokok rerama hijau & stevia pun ada..lokasi seksyen 8---sg ramal dlm,bangi,selangor..harga berpatutan dan perkhidmatan pos juga disediakan..hubungi D'Kaduk Herbs & Floral : 0123106846 -Faizal@ 0122440099 -Azizi

    ReplyDelete