Sunday, March 24, 2013

Daun Lidah Buaya



Aloe vera atau lebih dikenali dengan nama lidah buaya merupakan salah satu spesies dari tanaman lilieceae. Lidah buaya sudah dikenali sejak jaman mesir kuno sebagai bahan untuk luka terbakar dan kecantikan (perawatan kulit).

 Bahagian tanaman yang sering digunakan oleh adalah bahagian daun. Bahagian ini memiliki sejumlah kandungan kimia yang bermanfaat bagi manusia baik dalam dunia perubatan ataupun kecantikan.

Antara khasiat yang boleh didapati dari daun lidah buaya adalah :

*. Menguatkan ketahanan badan
*. Memilhara kulit dan membaiki sel yang rosak.
*. Menambah oksigen dalam darah.
*. Menghilangkan buasir.
*. Menghalang jangkitan.
*. Menghilangkan parut.
*. Menyembuhkan penyakit ulcer, sistem penghadaman.
*. Menghentikan pertumbuhan tumor.

Kunyit Hitam








Nama Botani : Curcuma Caesia
Family: Zingiberaceae
juga dikenali dengan nama Kali haldi, Black Tumeric.

Pengenalan

  • Merupakan tumbuhan bermusim yang jarang ditemui. 
  • Ketinggian sekitar 30cm sahaja.
  • Membiak melalui rizom dan pecahan rerumpun.
  • Rizom berwarna biru kehitaman dan semakin gelap apabila semakin tua, mengeluarkan bau yang kuat dan berasa agak pahit jika dimakan.
  • Bahagian atas daunnya mempunyai tanda garisan berwarna merah hati ditengah-tengah dan batangnya berwarna gelap di pangkal.
  • Mempunyai persamaan yang hampir dengan temu hitam (Curcuma aeruginosa) namun dapat dibezakan melalui warna rizomnya yang lebih gelap dan bau rizomnya.
  • Popular kerana nilai perubatannya yang unik.
  • Dipercayai dapat memanjangkan umur dan mempunyai nilai mistik.
Kegunaan

Bahagian yang sering digunakan untuk perubatan adalah rizomnya tetapi daunnya juga mempunyai nilai dalam perubatan tradisional. Rizom kunyit hitam ini dipercayai dapat digunakan dalam rawatan kanser payudara, ketumbuhan pada sendi dan penyakit kusta. Rizomnya juga boleh digunakan untuk kuruskan badan. Ia juga boleh merawat denggi berdarah. Rizom kunyit hitam ditumbuk bersama-sama beberapa jenis herba lain dan dicampur dengan sedikit air dan garam. Campuran tersebut kemudian ditapis dan diminum oleh pesakit demam denggi berdarah. Selain itu ia juga digunakan secara tradisional untuk merawat kecacingan, menambah selera makan, kecergasan selepas haid dan nifas, sakit perut, asma, tumor, serta penyakit kulit yang lain dan sebagainya. 

Monday, February 18, 2013

Acar buah bangkitkan selera

ACAR buah bukan sahaja sinonim dengan majlis perkahwinan kerana ia turut dinikmati ketika makan tengah hari atau makan malam tanpa mengira tempat.
Enak dimakan bersama nasi panas dan ikan kering, ia sudah cukup membangkitkan selera mereka yang menggemari makanan tradisi berkenaan.

Menurut Chef Datuk Ismail, acar buah memang unik kerana di dalamnya mengandungi pelbagai jenis buah-buahan seperti ceri, plum dan prun kering.

Walaupun mudah disediakan, acar buah perlu dibuat awal iaitu tiga atau empat hari sebelum dimasak kerana agak remeh untuk menyediakan bahannya.

“Jika ingin menikmati hidangan acar buah pada Sabtu, seeloknya sediakan bahan seperti limau kasturi bermula Isnin lagi.

“Ini kerana limau kasturi yang digunakan perlu dijemur sebelum dimasukkan ke dalam hidangan. Caranya, celur di dalam air mendidih sehingga ia timbul. Kemudian, angkat dan sejukkan.

“Selepas dicelur, limau kasturi harus dijemur sehingga kering bagi memastikan rasanya lebih enak dan tahan lama,” katanya.

Untuk mendapatkan acar buah yang enak dan masih mengekalkan rasa sebenar, sebaiknya gunakan campuran buah-buahan berkualiti.

Bagi mereka yang mementingkan kesihatan, elakkan menggunakan bahan mengandungi bahan kimia yang banyak seperti menggantikan garam halus dengan garam kasar.

“Walaupun ia agak remeh untuk menyediakan hidangan dengan cepat, ia banyak membantu dalam mengekalkan kesihatan badan.

“Selain itu, gantikan cuka dengan asam jawa untuk mengurangkan penggunaan bahan yang boleh memberi kesan buruk kepada badan jika diambil secara berlebihan.

“Bagi mereka yang mempunyai masalah sistem penghadaman, masukkan halia ke dalam resipi acar buah,” ujarnya ketika berkongsi panduan kesihatan sambil menyiapkan hidangan untuk tetamu.

Tambahnya, untuk menambah rasa masam pada acar buah, gunakan jus buah-buahan seperti oren, epal atau minuman berkhasiat Inai Grape.


Nak beli acar buah?
Menerima tempahan untuk majlis perkahwinan dan sebagainya.
Hubungi zack : 0122351623



Reff : Hmetro.com.my

Steviaku







Stevia Rebaudiana jenis daun lebar

Jenis baja digunakan

1. Baja kompos, tinja lembu dan kambing yang telah dibakar.
2. Baja Kimia


Kaedah Pembiakan : Keratan Batang.


Pokok Sambung Nyawa




Nama Botani : Gynura procumbens Lour, Calacia procumbens Lour.
Famili : Asteraceae



Nama Lain  

Dawn Dewa, Leaves of the Gods, Googoolipid, Mallucan spinach, Sambung Nyawa, Daun Dewa, Am Akar, Akar sebiak, dan Kelemai merah, bai bing coa, ngokilo (Jawa), beluntas cina (Melayu), she juan jao @ fujung jao (Cina)

Pengenalan

Pokok sambung nyawa adalah tumbuhan yang berasal dari Myanmar dan China. Pokok sambung nyawa juga dikenali dengan nama akar sebiak, kelemai merah dan daun dewa. Ia mempunyai perubatan yang sangat tinggi dan banyak digunakan di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Pokok ini mampu tumbuh sehingga 6 meter sekiranya mendapat sokongan atau memanjat pokok lain. Tanpa sokongan atau memanjat pokok lain, pokok sambung nyawa akan menjalar di atas tanah. Terdapat dua jenis sambung nyawa iaitu sambung nyawa hijau (seperti gambar diatas) dan sambung nyawa ungu (dikenali sebagai daun dewa). Ia menyukai kawasan yang redup dan berkelembapan sederhana. Pokok ini boleh dibiakkan melalui keratan batang. Bunga sambung nyawa berwarna jingga kekuningan tetapi ia sangat jarang berbunga.

Kegunaan


Daun sambung nyawa mengandungi flavonoid, glikosida kuersetin, fenoleat asid, triterpenoid, alkaloid, saponin dan tannin. Sambung nyawa bersifat sejuk dan neutral. Ia boleh digunakan untuk menurunkan panas badan, merawat sakit limpa, sakit ginjal, sakit kulit, menurunkan tekanan darah, menurunkan kandungan gula dalam darah, antimicrobial, antikarsinogenik, sitotoksik terhadap sel kanser, hipertensi, strok, penyakit jantung, kolesterol tinggi, diabetes, radang pita suara, radang tengkuk, batuk dan sinusitis.

Daun sambung syawa berkhasiat untuk mengurangkan kadar kolestrol dan menurunkan tekanan darah tinggi. Ia juga digunakan untuk merawat sembelit, kencing manis, kanser dan masalah buah pinggang. Ia biasanya dimakan mentah sebagai ulam kerana dipercayai dapat mengurangkan risiko mendapat serangan sakit jantung. Namun begitu, pengambilan secara berlebihan daun segar atau jus segar herba ini boleh menyebabkan rasa loya, mual dan muntah kerana cecair daun ini bertindak menurunkan kandungan gula dalam darah. Bagi mereka yang mempunyai tekanan darah rendah tidak digalakkan mengamalkannya sebagai perubatan herba. Daun yang dikeringkan dihancurkan dan dicampur dengan minyak untuk digunakan sebagai minyak salap merawat ruam.

Ia juga digunakan dalam rawatan untuk penyakit ginjal, disentri, radang kerongkong, menghentikan perdarahan, resdung, mengatasi masalah haid yang tidak teratur, melancarkan fungsi ginjal dan gigitan binatang berbisa. Umbi pokok ini digunakan untuk merawat bengkak, patah tulang dan darah beku yang disebabkan oleh lebam.



Penanaman dan Pembiakan

 

Selain faktor-faktor persekitaran pokok sambung nyawa ini perlukan tanah yang subur, gembur dan mampu menahan air. Sebaiknya pada kadar keasaman pH sekitar 5.5 – 7. Ia membiak melalui keratan batang. Perlukan agak banyak air, tetapi tidak terlalu bash dan bertakung.


Kandungan Kimia dan Kesan Farmakologi

 
Kandungan kimia daun sambung nyawa antara lain, flavonoid (7, 3, 4 trihidroksi-flavon), glikosida kuersetin, fenoleat asid (terdiri dari kafeat asid, penta kumarat, penta-hidroksi benzoate dan vanilat asid) triterpenoid, alkaloid, saponin dan tannin.
Tumbuhan ini bersifat dingin dan neutral. Khasiatnya antara lain ialah antineoplastik, menurunkan panas badan, mengobati sakit limpa, sakit ginjal, sakit kulit,  menurunkan tekanan darah, menurunkan gula darah, antimicrobial, antikarsinogenik, sitotoksik terhadap sel kanser, hipertensi, stroke, penyakit jantung, kolesterol tinggi, diabetes, gangguan lambung, radang pita suara, radang tengkuk, batuk dan sinusitis.


Cara Penggunaan

 
Untuk ubat  yang diminum, rebus 7 hingga 12 helai daun segar, sementara untuk pemakaian luar, giling daun segar hingga lumat dan tempelkan ditempat yang sakit. 







Berminat nak tanam pokok nie hubungi zack : 0122351623