Saturday, October 29, 2011

Khasiat Buah Durian Belanda .




Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Khasiat buah durian belanda :

1) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

2) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

3) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

4) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

5. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

6. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

7. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.


P/s : Berminat nak tanam anak durian belanda .. hubungi zack 0122351623
Stok ada dalam 20 -30 anak pokok .Cepat !!! Selagi stok masih ada.

Wednesday, September 21, 2011

Limau Kasturi

Pokok limau kasturi.. banyak digunakan dalam masakan dan minuman, contoh : sambal belacan, mee goreng, cencaluk, teh 0 ais limau dan macam2 lagi lah..

Bukan setakat berguna dalam masakan je.. pokok nie ada khasiat yang tersendiri..

1. Hilangkan kesan minyak pada pakaian.
Amik sedikit garam, bubuh kat tempat yang kene minyak tu, pastu perahkan limau kasturi,
biarkan agak2 dalam 5,10minit, pastu basuh macam biasa. Insyaallah hilang nyer.

2. Menyembuhkan sakit tekak.
Campurkan perahan air limau kasturi dengan lada hitam, kacau hingga rata pastu minum.
Mampu menghilangkan lendir dan kahak. Kalau budak2 lada hitam tu tukar ngan madu,
Kang panas pulak badan diorang.. he..

3. Melegakan pening kepala.
Makan kulit limau nie mentah2.

4. Hilangkan bau pada badan.
Kalau minyak pun leh hilang, tak kan daki pun tak leh kot.. he.. orang tetua dulu2 selalu
amalkan mandi perah limau, gosok limau tu satu badan, dedulu mane de syampu, ha3x..
cara lain : makan kulit limau nie mentah2.

Dukung Anak


Nama pokok nie dukung anak, dalam bahasa saintifiknya adalah 'Phullanthus niruri Lin' , pandai2 la nak sebut cane .. Pokok nie sejenis tumbuhan tropika, kategori pokok herba, senang jumpa kat keliling rumah, Dulu aku tak tau pun pokok nie pokok ubat, dah tua nie baru tau.. :)
pokok nie dikatakan berguna untuk menyembuhkan sakit kencing manis, bronchitis, asma dan banyak lagi..

Selain tu anugerah alam nie juga berguna untuk pesakit Hepatitis B, kerana ia boleh membersihkan darah dalam badan.

caranya :

amik la daun dukung anak dalam 5 batang, lebih pun tak per, basuh bersih2 akar dia jangan buang, pastu blender kan sampai hancur betul.. tak cukup air tambah.. lebih tu boleh minum lagi..rase x la pahit mane pun tp mampu memualkan tekak. he..

Saturday, September 10, 2011

Potensi Peniagaan Produk Herba.


Pelbagai inisiatif telah dibuat oleh kerajaan Malaysia untuk mempromosikan pembangunan industri herba tempatan memandangkan potensinya yang amat cerah. Penjualan tahunan industri herba di Malaysia adalah RM2bilion, bagi pasaran global pula bernilai $12bilion.

10 herba yang berpotensi untuk dibangunkan adalah seperti berikut :

  • Tongkat Ali
  • Pegaga
  • Mengkudu
  • Dukung Anak
  • Kacip Fatimah
  • Halia
  • Misai Kucing
  • Hempedu Bumi
  • Mas Cotek
  • Limau Purut

Friday, July 1, 2011

Info Pokok Belalai Gajah



Sedikit info tentang pokok belalai gajah nie.. Pokok nie nama tempatan dia belalai gajah, nama saintifik dia lak clinacanthus Nutans, pokok nie adalah pokok herba popular dalam perubatan tradisonal thai dan china. Sejenis tumbuhan herba berbatang kecil dan panjang. Pokok nie mudah rebah..so ia memerlukan sokongan kayu.. macam tanam tomato ar bih kurang.. :)
Tumbuhan daripada keluarga acanthaceae.Ia boleh membiak melalui keratan batang.

Ia digunakan di thailand sebagai bahan untuk merawat penyakit kulit. Ekstrak daripada daunnya yang segar digunakan untuk merawat ruam kulit.Malahan ekstrak dari tumbuhan ini juga digunakan didalam krim yang disapu pada badan ketika terkena cacar air (chicken pox).Ekstraknya juga digunakan untuk mengubati dermatitis Ia juga digunakan sebagai penawar kepada racun dari gigitan ular. Ada Kajian saintifik menunjukkan walaupun ekstrak tumbuhan ini tidak memberikan tindakbalas langsung terhadap bisa ular, tetapi jika diberikan secara oral ia akan memanjangkan tempoh bertahan tikus yang telah disuntik dengan racun ular