Monday, May 20, 2013

Gambar Pokok Herba

Salam sejahtera semua, Di bawah ni ada beberapa gambar pokok herba dari kebunmaya untuk tatapan umum. Jom cuci mata, layan gambar pokok herba.


 Misai Kucing bunga putih


 Stevia


 Bunga Raya Putih


Garuda


 Belalai Gajah


 Kacip fatimah


 Mascotek Betina


 Daun Kaduk dan Teh Afrika


 Koleksi Herba


 Pokok selasih baru disemai


Pokok Kacang Soya, Bukan pokok herba
Saje tanam untuk kegunaan sendiri.

akan datang saya post lagi gambar-gambar yang lain. 

To be continue...  

Assalammualaikom .. :)


Sunday, May 19, 2013

Kunyit Putih


Kunyit putih antara pokok herba terbaru. Secara tak langsung bertambah nya family kunyit di kebunmaya ni. Antara jenis kunyit yang ada adalah seperti kunyit hitam, kunyit biasa (kuning) dan kunyit putih,

Nama Tempatan : Kunyit Putih

Nama Saintifik : Kaempferiae Rotundae Rhizoma

Nama Lain: Kunyit Putri , White Tumeric, Curcuma alba.

Family : Zingiberaceae

Habitat : Kawasan redup dan tersorok.

Isinya berwarna putih kekuningan.



  Kegunaan Kunyit Putih :

  1. Buang angin dalam badan.
  2. Menyembuhkan sakit perut.
  3. Dikatakan berkhasiat untuk merawat kanser.
  4. Membantu menyembuhkan penyakit tumor.
  5. Mencegah kerosakan gen.
  6. Membantu mengurangkan berat badan, sesuai bagi yang sedang diet.
  7. Meningkatkan nafsu makan.
  8. Menyembuhkan asma dan sesak nafas.
  9. Mampu menghentikan pendarahan.
  10. Sebagai sumber antioksida.
  11. Membantu merangsang produksi sel darah merah.
  12. Menyegarkan kulit.



Bahagian yang digunakan adalah umbisinya (Rizom)



Kisah Stevia

 Post kali nie nak cerita pasal stevia pulak, sebab pokok nie antara yang hot item di kebunmaya.Tak menang tangan jugak lah nak sediakan kan anak-anak pokok ni. Banyak customer yang cari pokok ni, dari orang perseorangan, syarikat dan juga student yang nak buat kajian mengenai pokok nie. Kat bawah ni ada gambar- gambar stevia, jom tengok !!!..


 Stevia yang ditanam atas batas, ni nak buat induk.




 Tanam dalam pasu, ni nak buat induk jugak sebab 
ada customer yang datang cari induk stevia


Dalam Polibeg


 Ready for sale, customer dari KL order. 


Salah seorang customer yang borong pokok-pokok herba ku.
Stevia antara item yang diborong. Abang Askar.. he3x..
Tq bro !!!!

 

Jenis Stevia Daun Besar

Bunga Raya Putih


Nama Tempatan : Pokok Bunga RayaPutih
Nama Saintifik : Hibiscus Rossa Sinensis
Nama Lain : Bunga Sepatu, Kembang Sepatu.

Famili : Malvaceae

Kaedah Pembiakan : Keratan Batang

Kegunaan :
 1. Menghilangkan kelemumur dan kutu.- daun
 2. Menghitam serta mengilatkan rambut. - daun
 3. Merawat demam.- daun
 4. Batuk kering dan membersihkan kahak :  daunnya direbus dan diminum.
 5. Melancarkan haid  :  bunganya direbus dan diminum.
 6. Bengkak di luar : daunnya ditumbuk dan ditempel ke tempat bengkak.

Saturday, April 27, 2013

Pokok Selasih

Daun Selasih
Daun selasih adalah sejenis ulam yang berkhasiat. Ia boleh dimakan secara mentah ataupun direndam dengan air panas, buat teh. Kedua-dua cara tersebut mempunyai kebaikan dari sudut kesihatan. Daun Selasih atau nama lain nya ruku-ruku dipercayai boleh merawat keradangan usus dan sakit2 sendi.

Antara Khasiat Daun Selasih : 

1. Meredakan demam.
2. Merawat keradangan usus.
3. Penyakit Kulit
4. Sakit Kepala.
5. Merawat Kencing Manis.
6. Gangguan Pernafasan. 
7. Menambah air susu khusus untuk kaum ibu yang menyusukan anak.


Cara Penggunaan :

1. Boleh dicampur bersama telur dadar.
2. Boleh dibuat ulam makan dengan nasi.
3. Boleh direndam buat teh (daun segar). 

 Cara buat teh selasih. 
                    
1. Rendamkan beberapa helai daun selasih yang masih segar dengan air panas.

2. Tapisnya ke dalam gelas dan biarkan dalam beberapa minit.

3. Minumlah airnya secara perlahan-lahan.

Sebagai tambahan, anda juga boleh menggunakan air rendaman selasih tu untuk kegunaan luar. Iaitu bagi menyembuhkan sakit sendi. Insyaallah...