Saturday, September 6, 2014

Halia Bara


Halia bara sama seperti halia biasa iaitu mempunyai batang yang tegak dengan rizom tersebar secara mendatar. Besar atau kecil saiz rizom bergantung pada jenis halia. Beza antara halia bara dengan halia biasa ialah saiz pokoknya lebih kecil, rizom agak kemerahan, bau lebih kuat, daun berbentuk linear tersusun secara berselang, licin dan berwarna hijau cerah ke hijau gelap.Secara keseluruhan, sifat halia bara sama seperti halia biasa kecuali saiz, warna rizom, dan bunga serta bau nya yang agak kuat. Halia bara juga kadang-kadang dipanggil dengan nama halia merah, halia udang atau di Indonesia dipanggil Halia Emprit.

Daun halia bara seakan-akan halia biasa atau bonglai.Kaedah penanaman halia bara biasanya daripada rizom yang telah matang dan sihat serta mempunya mata tunas. Ia boleh ditanam atas batas, pasu atau polibeg.

Antara khasiat halia bara adalah seperti berikut : 

1. Mengeluarkan angin dari dalam tubuh
2. Menghangatkan badan.
3. Melancarkan penghadaman.
4. Merawat resdung.
5. Melegakan demam.
6. Mengurangkan sengal-sengal otot.
7. Rawatan selepas bersalin.
8. Merawat kesan gatal gigitan serangga.
9. Mampu meningkatkan tenaga batin lelaki.
10.Menghilangkan tompok panau atau kurap.

p/s : Tidak digalakkan minum air rebusan halia bara secara kerap kerana ia boleh merosakkan usus dan menyebabkan pedih ulu hati.