Menjual Pokok Herba, Lokasi : LD104 Kampung Air Hitam Lendu 78000 Alor Gajah Melaka,

Sunday, May 19, 2013

Kunyit Putih


Kunyit putih antara pokok herba terbaru. Secara tak langsung bertambah nya family kunyit di kebunmaya ni. Antara jenis kunyit yang ada adalah seperti kunyit hitam, kunyit biasa (kuning) dan kunyit putih,

Nama Tempatan : Kunyit Putih

Nama Saintifik : Kaempferiae Rotundae Rhizoma

Nama Lain: Kunyit Putri , White Tumeric, Curcuma alba.

Family : Zingiberaceae

Habitat : Kawasan redup dan tersorok.

Isinya berwarna putih kekuningan.



  Kegunaan Kunyit Putih :

  1. Buang angin dalam badan.
  2. Menyembuhkan sakit perut.
  3. Dikatakan berkhasiat untuk merawat kanser.
  4. Membantu menyembuhkan penyakit tumor.
  5. Mencegah kerosakan gen.
  6. Membantu mengurangkan berat badan, sesuai bagi yang sedang diet.
  7. Meningkatkan nafsu makan.
  8. Menyembuhkan asma dan sesak nafas.
  9. Mampu menghentikan pendarahan.
  10. Sebagai sumber antioksida.
  11. Membantu merangsang produksi sel darah merah.
  12. Menyegarkan kulit.



Bahagian yang digunakan adalah umbisinya (Rizom)



3 comments:

  1. Bagaimanakah pula cara penggunaanya ?

    ReplyDelete
  2. ada macam2 cara, misalnya kalau luka,lebam atau gatal-gatal, ambil rizom nya tumbuk dan campur dengan minyak kelapa, sapu pada tempat yang sakit. boleh juga di tumbuk sampai halus dan keringkan.

    ReplyDelete