Nama Tempatan : Pokok Ajaib
Nama Saintifik : Synsepalum dulcificum
Nama Lain : Miracle Fruit, buah ajaib, miracle berry, magic berry, miraculuos berry.
Asal : Afrika barat.
Pokok ajaib merupakan sejenis pokok yang unik, sesuai dengan namanya buahnya yang berbentuk beri ini akan memberikan kesan peneutralan ke atas sebarang asid. Walaupun buah ni sebenarnya tawar, Ia menyebabkan setiap
benda yang dimakan selepas itu akan berasa manis.Ini adalah disebabkan
oleh sejenis protein yang dipanggil miraculin.Kesan ini akan dirasai
antara satu hingga dua jam lepas makan buah tersebut.Buahnya sedang
dikenal pasti sebagai antara sumber yang memberikan rasa manis
semulajadi.Ia berasal dari afrika barat di kawasan yang beriklim
tropika.Di afrika ia kadangkala digunakan untuk membaiki rasa makanan
yang telah rosak atau basi.Nama yang dikenali di Afrika seperti taami, asaa dan
ledidi.
Tumbuhan dari keluarga Sapotaceae ini boleh ditanam didalam pasu yang
besar. Ia adalah tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga
18 kaki jika hidup di habitat yang menyerupai habitat asalnya.
Kebiasaannya ia boleh tumbuh sehingga 5 hingga 6 kaki. Ia menghasilkan
buah sepanjang tahun.Ia akan menghasilkan buah selepas lebih kurang 4
tahun ditanam.Bunganya kecil berwarna putih. buahnya yang berbentuk beri
berwarna hijau ketika mudah dan akan berubah menjadi merah terang
apabila masak.Setiap buah mempunyai satu biji. Lapisan yang menyaluti
biji ini walaupun tidak mempunyai rasa manis, tetapi akan menghilangkan
semua rasa masam pada benda yang dimakan dan menggantikannya dengan rasa
manis.Kesan ini akan dirasakan selama sejam atau lebih.
Untuk menanam pokok ni tanah yang agak berasid diperlukan.Ia dapat hidup sempurna pada tanah yang mempunyai pH antara pH 4.5 hingga 5.8. Ia akan mati jika diberikan air yang terlalu banyak namun tetap memerlukan air yang mencukupi. |
|
Pokok ini telah dikenali sejak tahun 1725 lagi oleh seorang pengkaji
dari Francis bernama Des Marchais, tetapi ianya tidak dinamakan dengan
apa-apa nama. Pertengahan abad ke 19 barulah pokok ini dikenali sebagai
Synsepalum dulcificum. Dalam satu jurnal Pharmasi, Vol. 11 dan
diterbitkan pada tahun 1852, Dr. W.F. Daniell memanggilnya sebagai
“miraculous berry”
Kegunaan :
Buah ajaib memberi kegembiraan kepada peminat makanan dan buah-buahan
yang masam.Buah pokok ajaib boleh mengawal penyakit kencing manis, darah
tinggi, dan mengurangkan kolestrol. Buah ajaib mampu menahan kesakitan
luka diusus, kerana buah ini mampu menukarkan rembesan asid dari perut
yang luka kepada alkali. Daun pokok boleh menyembuhkan sakit gigi dengan
hanya mengunyahnya.
Daun pokok boleh direbus untuk diamal meminumnya setiap hari untuk
mereka yang menghidapi Kencing Manis dan Darah Tinggi. Juga mampu
mengurangkan bisa gigitan serangga dan penyakit gatal dikulit. Boleh
mengurangkan resdung, jerawat dan jeragat.
Cara Pembiakan :
Ia boleh dibiakkan melalui semaian biji dan keratan batang.
Berminat nak dapatkan pokok ni boleh hubungi saya
zaki : 0122351623
email : zazackie@gmail.com