Sunday, March 24, 2013
Daun Lidah Buaya
Aloe vera atau lebih dikenali dengan nama lidah buaya merupakan salah satu spesies dari tanaman lilieceae. Lidah buaya sudah dikenali sejak jaman mesir kuno sebagai bahan untuk luka terbakar dan kecantikan (perawatan kulit).
Bahagian tanaman yang sering digunakan oleh adalah bahagian daun. Bahagian ini memiliki sejumlah kandungan kimia yang bermanfaat bagi manusia baik dalam dunia perubatan ataupun kecantikan.
Antara khasiat yang boleh didapati dari daun lidah buaya adalah :
*. Menguatkan ketahanan badan
*. Memilhara kulit dan membaiki sel yang rosak.
*. Menambah oksigen dalam darah.
*. Menghilangkan buasir.
*. Menghalang jangkitan.
*. Menghilangkan parut.
*. Menyembuhkan penyakit ulcer, sistem penghadaman.
*. Menghentikan pertumbuhan tumor.
Kunyit Hitam
Nama Botani : Curcuma Caesia
Family: Zingiberaceae
juga dikenali dengan nama Kali haldi, Black Tumeric.
Pengenalan
- Merupakan tumbuhan bermusim yang jarang ditemui.
- Ketinggian sekitar 30cm sahaja.
- Membiak melalui rizom dan pecahan rerumpun.
- Rizom berwarna biru kehitaman dan semakin gelap apabila semakin tua, mengeluarkan bau yang kuat dan berasa agak pahit jika dimakan.
- Bahagian atas daunnya mempunyai tanda garisan berwarna merah hati ditengah-tengah dan batangnya berwarna gelap di pangkal.
- Mempunyai persamaan yang hampir dengan temu hitam (Curcuma aeruginosa) namun dapat dibezakan melalui warna rizomnya yang lebih gelap dan bau rizomnya.
- Popular kerana nilai perubatannya yang unik.
- Dipercayai dapat memanjangkan umur dan mempunyai nilai mistik.
Kegunaan
Bahagian yang sering digunakan
untuk perubatan adalah rizomnya tetapi daunnya juga mempunyai
nilai dalam perubatan tradisional. Rizom kunyit hitam ini dipercayai
dapat digunakan dalam rawatan kanser payudara, ketumbuhan pada sendi dan
penyakit kusta. Rizomnya juga boleh digunakan untuk kuruskan badan. Ia
juga boleh merawat denggi berdarah. Rizom kunyit hitam ditumbuk
bersama-sama beberapa jenis herba lain dan dicampur dengan sedikit air
dan garam. Campuran tersebut kemudian ditapis dan diminum oleh pesakit
demam denggi berdarah. Selain itu ia juga digunakan secara tradisional untuk merawat kecacingan, menambah
selera makan, kecergasan selepas haid dan nifas, sakit perut, asma, tumor, serta penyakit kulit yang lain dan
sebagainya.