Friday, August 30, 2013

Herba Nilam



Nama Saintifik : Pogostemon cablin (Blanco)Benth

Nama lain: Patchouli

Famili: Lamiaceae

Pengenalan:


Pokok ni berasal dari Filipina dan banyak terdapat di hutan-hutan kepulauan Filipina. Dibawa masuk dan ditanam di Semenanjung Malaysia pada awal tahun 1800. Walau bagaimanapun pada awal 1900 dengan kemasukan tanaman getah yang lebih menguntungkan, tanaman nilam tidak lagi diminati oleh pekebun kecil di Malaysia. Sekarang nilam diusahakan secara komersial di Indonesia (Acheh), China, Brazil, India, Malaysia (sedikit), Mauritius, Taiwan, Afrika barat dan juga Vietnam.


Nilam merupakan tanaman herba renek, ada banyak cabang dan tumbuh sehingga 1.0 m tinggi. Daunnya berbentuk bujur , 8−10 cm panjang dan 5−8 cm lebar, tebal dan bergerigi. Ia berwarna hijau tua keunguan-unguan dan mengeluarkan aroma yang unik bila diramas. Batang dan cabangnya berwarna ungu, berbentuk empat segi dan diselaputi bulu yang halus. Nilam didapati tidak berbunga di Malaysia.

Tumbuhan ini biasa ditanam kerana ia boleh menghasilkan minyak sari yang banyak digunakan secara kormesial.Dikawasan tropika indonesia merupakan pengeksport minyak nilam yang besar dengan jumlah eksportnya pada tahun 1997 melebihi 765 tan.Ia banyak ditanam secara ladang di sumatera terutamannya acheh dan sumatera utara.Minyak nilam diperoleh dengan proses penyulingan daun dan ranting nilam.Daunnya yang lebih muda(pucuk mempunyai kuantiti minyak yang lebih banyak). Jika ia tumbuh dengan baik penuaian pertama boleh dilakukan setelah pokok berusia 6-8 bulan. Minyak nilam mempunyai permintaan yang tinggi khususnya dalam pasaran kosmetik

Khasiat dan Kegunaan:

Dari segi perubatan tradisional, air rebusan daun nilam dilaporkan digunakan untuk mengubati sakit tekak, asma, batuk dan demam.Ia juga digunakan sebagai penawar
kepada rheumatik (dari losyen yang diperbuat dari akarnya). Ia juga digunakan untuk menangani sakit kepala dengan cara merebus air daunnya dan air itu diminum.Ia juga digunakan sebagai penghalau kupu-kupu (moth) dibeberapa negara di Asia.

Daun nilam yang beraroma boleh menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai `patchouli oil’ di pasaran antarabangsa. Fungsi minyak nilam dalam industri minyak wangi adalah untuk memantapkan bahan pewangi dan mencegah pengewapan sehingga bau wangi tidak cepat hilang. Industri minyak wangi di dunia tertumpu di USA, Jepun dan Eropah selain Paris yang merupakan pusat minyak wangi dunia.
  
Antara bahan kimia yang terdapat dalam ‘patchouli oil’ termasuklah benzaldehyde, cardinene, cinnamic aldehyde, eugenol dan ‘patchouli alcohol’. Minyak nilam banyak digunakan dalam industri wangian dan cirinya yang boleh mengikat (fixative) minyak pati yang lain menjadikanya sangat penting dalam pembuatan minyak wangi. Minyak nilam juga digunakan dalam membuat produk seperti sabun, bahan pencuci, syampu dan ubat antiserangga. Pada konsitrasi yang rendah, minyak nilam juga digunakan sebagai bahan perisa dalam produk minuman dan makanan.