Wednesday, June 19, 2013

Pokok Mulberry


Mulberry (Morus alba ) dikenali sebagai makanan utama ulat sutera. Tanaman ini berasal dari Cina dan dinamai 'Sangye'. Dari segi kesihatan ia juga berkhasiat untuk menyembuhkan berbagai penyakit.


Antara khasiat daun mulberry :

1. Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)

2. Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah

3. Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi

4. Membantu mengelakkan serangan sakit jantung

5. Membantu dalam kehilangan berat badan

6. Mengurangkan keadaan asma yang teruk

7. Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda

8. Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang
tinggi

9. Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan

10. Mengurangkan kesakitan ketika datang haid

11. Membantu perjalanan haid yang tidak teratur

12. Menambahkan tenaga

13. Meningkatkan produksi susu badan

14. Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan
hipertensi

15. Memiliki semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C,
asid folik, potassium yang amat diperlukan

16. Membantu, mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kanser
(antioksidan)


Selain itu buah mulberry juga boleh dimakan segar atau dibuat jem..