Monday, May 27, 2013

Pokok Ajaib


Nama Tempatan : Pokok Ajaib

Nama Saintifik : Synsepalum dulcificum

Nama Lain : Miracle Fruit, buah ajaib, miracle berry, magic berry, miraculuos berry. 

Asal : Afrika barat.


Pokok ajaib merupakan sejenis pokok yang unik, sesuai dengan namanya buahnya yang berbentuk beri ini akan memberikan kesan peneutralan ke atas sebarang asid. Walaupun buah ni sebenarnya tawar, Ia menyebabkan setiap benda yang dimakan selepas itu akan berasa manis.Ini adalah disebabkan oleh sejenis protein yang dipanggil miraculin.Kesan ini akan dirasai antara satu hingga dua jam lepas makan buah tersebut.Buahnya sedang dikenal pasti sebagai antara sumber yang memberikan rasa manis semulajadi.Ia berasal dari afrika barat di kawasan yang beriklim tropika.Di afrika ia kadangkala digunakan untuk membaiki rasa makanan yang telah rosak atau basi.Nama yang dikenali di Afrika seperti taami, asaa dan ledidi.


Tumbuhan dari keluarga Sapotaceae ini boleh ditanam didalam pasu yang besar. Ia adalah tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 18 kaki jika hidup di habitat yang menyerupai habitat asalnya. Kebiasaannya ia boleh tumbuh sehingga 5 hingga 6 kaki. Ia menghasilkan buah sepanjang tahun.Ia akan menghasilkan buah selepas lebih kurang 4 tahun ditanam.Bunganya kecil berwarna putih. buahnya yang berbentuk beri berwarna hijau ketika mudah dan akan berubah menjadi merah terang apabila masak.Setiap buah mempunyai satu biji. Lapisan yang menyaluti biji ini walaupun tidak mempunyai rasa manis, tetapi akan menghilangkan semua rasa masam pada benda yang dimakan dan menggantikannya dengan rasa manis.Kesan ini akan dirasakan selama sejam atau lebih.

Untuk menanam pokok ni tanah yang agak berasid diperlukan.Ia dapat hidup sempurna pada tanah yang mempunyai pH antara pH 4.5 hingga 5.8. Ia akan mati jika diberikan air yang terlalu banyak namun tetap memerlukan air yang mencukupi.
 
Pokok ini telah dikenali sejak tahun 1725 lagi oleh seorang pengkaji dari Francis bernama Des Marchais, tetapi ianya tidak dinamakan dengan apa-apa nama. Pertengahan abad ke 19 barulah pokok ini dikenali sebagai Synsepalum dulcificum. Dalam satu jurnal Pharmasi, Vol. 11 dan diterbitkan pada tahun 1852, Dr. W.F. Daniell memanggilnya sebagai “miraculous berry”

Kegunaan :

Buah ajaib memberi kegembiraan kepada peminat makanan dan buah-buahan yang masam.Buah pokok ajaib boleh mengawal penyakit kencing manis, darah tinggi, dan mengurangkan kolestrol. Buah ajaib mampu menahan kesakitan luka diusus, kerana buah ini mampu menukarkan rembesan asid dari perut yang luka kepada alkali. Daun pokok boleh menyembuhkan sakit gigi dengan hanya mengunyahnya.


Daun pokok boleh direbus untuk diamal meminumnya setiap hari untuk mereka yang menghidapi Kencing Manis dan Darah Tinggi. Juga mampu mengurangkan bisa gigitan serangga dan penyakit gatal dikulit. Boleh mengurangkan resdung, jerawat dan jeragat.


Cara Pembiakan :

Ia boleh dibiakkan melalui semaian biji dan keratan batang.


Berminat nak dapatkan pokok ni boleh hubungi saya
zaki : 0122351623
email : zazackie@gmail.com


Monday, May 20, 2013

Gambar Pokok Herba

Salam sejahtera semua, Di bawah ni ada beberapa gambar pokok herba dari kebunmaya untuk tatapan umum. Jom cuci mata, layan gambar pokok herba.


 Misai Kucing bunga putih


 Stevia


 Bunga Raya Putih


Garuda


 Belalai Gajah


 Kacip fatimah


 Mascotek Betina


 Daun Kaduk dan Teh Afrika


 Koleksi Herba


 Pokok selasih baru disemai


Pokok Kacang Soya, Bukan pokok herba
Saje tanam untuk kegunaan sendiri.

akan datang saya post lagi gambar-gambar yang lain. 

To be continue...  

Assalammualaikom .. :)


Sunday, May 19, 2013

Kunyit Putih


Kunyit putih antara pokok herba terbaru. Secara tak langsung bertambah nya family kunyit di kebunmaya ni. Antara jenis kunyit yang ada adalah seperti kunyit hitam, kunyit biasa (kuning) dan kunyit putih,

Nama Tempatan : Kunyit Putih

Nama Saintifik : Kaempferiae Rotundae Rhizoma

Nama Lain: Kunyit Putri , White Tumeric, Curcuma alba.

Family : Zingiberaceae

Habitat : Kawasan redup dan tersorok.

Isinya berwarna putih kekuningan.



  Kegunaan Kunyit Putih :

  1. Buang angin dalam badan.
  2. Menyembuhkan sakit perut.
  3. Dikatakan berkhasiat untuk merawat kanser.
  4. Membantu menyembuhkan penyakit tumor.
  5. Mencegah kerosakan gen.
  6. Membantu mengurangkan berat badan, sesuai bagi yang sedang diet.
  7. Meningkatkan nafsu makan.
  8. Menyembuhkan asma dan sesak nafas.
  9. Mampu menghentikan pendarahan.
  10. Sebagai sumber antioksida.
  11. Membantu merangsang produksi sel darah merah.
  12. Menyegarkan kulit.



Bahagian yang digunakan adalah umbisinya (Rizom)



Kisah Stevia

 Post kali nie nak cerita pasal stevia pulak, sebab pokok nie antara yang hot item di kebunmaya.Tak menang tangan jugak lah nak sediakan kan anak-anak pokok ni. Banyak customer yang cari pokok ni, dari orang perseorangan, syarikat dan juga student yang nak buat kajian mengenai pokok nie. Kat bawah ni ada gambar- gambar stevia, jom tengok !!!..


 Stevia yang ditanam atas batas, ni nak buat induk.




 Tanam dalam pasu, ni nak buat induk jugak sebab 
ada customer yang datang cari induk stevia


Dalam Polibeg


 Ready for sale, customer dari KL order. 


Salah seorang customer yang borong pokok-pokok herba ku.
Stevia antara item yang diborong. Abang Askar.. he3x..
Tq bro !!!!

 

Jenis Stevia Daun Besar

Bunga Raya Putih


Nama Tempatan : Pokok Bunga RayaPutih
Nama Saintifik : Hibiscus Rossa Sinensis
Nama Lain : Bunga Sepatu, Kembang Sepatu.

Famili : Malvaceae

Kaedah Pembiakan : Keratan Batang

Kegunaan :
 1. Menghilangkan kelemumur dan kutu.- daun
 2. Menghitam serta mengilatkan rambut. - daun
 3. Merawat demam.- daun
 4. Batuk kering dan membersihkan kahak :  daunnya direbus dan diminum.
 5. Melancarkan haid  :  bunganya direbus dan diminum.
 6. Bengkak di luar : daunnya ditumbuk dan ditempel ke tempat bengkak.