Saturday, April 27, 2013

Pokok Selasih

Daun Selasih
Daun selasih adalah sejenis ulam yang berkhasiat. Ia boleh dimakan secara mentah ataupun direndam dengan air panas, buat teh. Kedua-dua cara tersebut mempunyai kebaikan dari sudut kesihatan. Daun Selasih atau nama lain nya ruku-ruku dipercayai boleh merawat keradangan usus dan sakit2 sendi.

Antara Khasiat Daun Selasih : 

1. Meredakan demam.
2. Merawat keradangan usus.
3. Penyakit Kulit
4. Sakit Kepala.
5. Merawat Kencing Manis.
6. Gangguan Pernafasan. 
7. Menambah air susu khusus untuk kaum ibu yang menyusukan anak.


Cara Penggunaan :

1. Boleh dicampur bersama telur dadar.
2. Boleh dibuat ulam makan dengan nasi.
3. Boleh direndam buat teh (daun segar). 

 Cara buat teh selasih. 
                    
1. Rendamkan beberapa helai daun selasih yang masih segar dengan air panas.

2. Tapisnya ke dalam gelas dan biarkan dalam beberapa minit.

3. Minumlah airnya secara perlahan-lahan.

Sebagai tambahan, anda juga boleh menggunakan air rendaman selasih tu untuk kegunaan luar. Iaitu bagi menyembuhkan sakit sendi. Insyaallah...