Sunday, March 24, 2013

Kunyit Hitam








Nama Botani : Curcuma Caesia
Family: Zingiberaceae
juga dikenali dengan nama Kali haldi, Black Tumeric.

Pengenalan

  • Merupakan tumbuhan bermusim yang jarang ditemui. 
  • Ketinggian sekitar 30cm sahaja.
  • Membiak melalui rizom dan pecahan rerumpun.
  • Rizom berwarna biru kehitaman dan semakin gelap apabila semakin tua, mengeluarkan bau yang kuat dan berasa agak pahit jika dimakan.
  • Bahagian atas daunnya mempunyai tanda garisan berwarna merah hati ditengah-tengah dan batangnya berwarna gelap di pangkal.
  • Mempunyai persamaan yang hampir dengan temu hitam (Curcuma aeruginosa) namun dapat dibezakan melalui warna rizomnya yang lebih gelap dan bau rizomnya.
  • Popular kerana nilai perubatannya yang unik.
  • Dipercayai dapat memanjangkan umur dan mempunyai nilai mistik.
Kegunaan

Bahagian yang sering digunakan untuk perubatan adalah rizomnya tetapi daunnya juga mempunyai nilai dalam perubatan tradisional. Rizom kunyit hitam ini dipercayai dapat digunakan dalam rawatan kanser payudara, ketumbuhan pada sendi dan penyakit kusta. Rizomnya juga boleh digunakan untuk kuruskan badan. Ia juga boleh merawat denggi berdarah. Rizom kunyit hitam ditumbuk bersama-sama beberapa jenis herba lain dan dicampur dengan sedikit air dan garam. Campuran tersebut kemudian ditapis dan diminum oleh pesakit demam denggi berdarah. Selain itu ia juga digunakan secara tradisional untuk merawat kecacingan, menambah selera makan, kecergasan selepas haid dan nifas, sakit perut, asma, tumor, serta penyakit kulit yang lain dan sebagainya. 

2 comments:

  1. Saya mencari anak benih pokok kunyit hitam.. Kalo tuan x keberatan boleh jual sepokok dua kepada saya x??.. Ni no saya.. 0132912311

    ReplyDelete
  2. kalau mahu jual sy pun mahu ini no sy 0179732367

    ReplyDelete