Menjual Pokok Herba, Lokasi : LD104 Kampung Air Hitam Lendu 78000 Alor Gajah Melaka,

Monday, February 18, 2013

Pokok Sambung Nyawa




Nama Botani : Gynura procumbens Lour, Calacia procumbens Lour.
Famili : Asteraceae



Nama Lain  

Dawn Dewa, Leaves of the Gods, Googoolipid, Mallucan spinach, Sambung Nyawa, Daun Dewa, Am Akar, Akar sebiak, dan Kelemai merah, bai bing coa, ngokilo (Jawa), beluntas cina (Melayu), she juan jao @ fujung jao (Cina)

Pengenalan

Pokok sambung nyawa adalah tumbuhan yang berasal dari Myanmar dan China. Pokok sambung nyawa juga dikenali dengan nama akar sebiak, kelemai merah dan daun dewa. Ia mempunyai perubatan yang sangat tinggi dan banyak digunakan di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Pokok ini mampu tumbuh sehingga 6 meter sekiranya mendapat sokongan atau memanjat pokok lain. Tanpa sokongan atau memanjat pokok lain, pokok sambung nyawa akan menjalar di atas tanah. Terdapat dua jenis sambung nyawa iaitu sambung nyawa hijau (seperti gambar diatas) dan sambung nyawa ungu (dikenali sebagai daun dewa). Ia menyukai kawasan yang redup dan berkelembapan sederhana. Pokok ini boleh dibiakkan melalui keratan batang. Bunga sambung nyawa berwarna jingga kekuningan tetapi ia sangat jarang berbunga.

Kegunaan


Daun sambung nyawa mengandungi flavonoid, glikosida kuersetin, fenoleat asid, triterpenoid, alkaloid, saponin dan tannin. Sambung nyawa bersifat sejuk dan neutral. Ia boleh digunakan untuk menurunkan panas badan, merawat sakit limpa, sakit ginjal, sakit kulit, menurunkan tekanan darah, menurunkan kandungan gula dalam darah, antimicrobial, antikarsinogenik, sitotoksik terhadap sel kanser, hipertensi, strok, penyakit jantung, kolesterol tinggi, diabetes, radang pita suara, radang tengkuk, batuk dan sinusitis.

Daun sambung syawa berkhasiat untuk mengurangkan kadar kolestrol dan menurunkan tekanan darah tinggi. Ia juga digunakan untuk merawat sembelit, kencing manis, kanser dan masalah buah pinggang. Ia biasanya dimakan mentah sebagai ulam kerana dipercayai dapat mengurangkan risiko mendapat serangan sakit jantung. Namun begitu, pengambilan secara berlebihan daun segar atau jus segar herba ini boleh menyebabkan rasa loya, mual dan muntah kerana cecair daun ini bertindak menurunkan kandungan gula dalam darah. Bagi mereka yang mempunyai tekanan darah rendah tidak digalakkan mengamalkannya sebagai perubatan herba. Daun yang dikeringkan dihancurkan dan dicampur dengan minyak untuk digunakan sebagai minyak salap merawat ruam.

Ia juga digunakan dalam rawatan untuk penyakit ginjal, disentri, radang kerongkong, menghentikan perdarahan, resdung, mengatasi masalah haid yang tidak teratur, melancarkan fungsi ginjal dan gigitan binatang berbisa. Umbi pokok ini digunakan untuk merawat bengkak, patah tulang dan darah beku yang disebabkan oleh lebam.



Penanaman dan Pembiakan

 

Selain faktor-faktor persekitaran pokok sambung nyawa ini perlukan tanah yang subur, gembur dan mampu menahan air. Sebaiknya pada kadar keasaman pH sekitar 5.5 – 7. Ia membiak melalui keratan batang. Perlukan agak banyak air, tetapi tidak terlalu bash dan bertakung.


Kandungan Kimia dan Kesan Farmakologi

 
Kandungan kimia daun sambung nyawa antara lain, flavonoid (7, 3, 4 trihidroksi-flavon), glikosida kuersetin, fenoleat asid (terdiri dari kafeat asid, penta kumarat, penta-hidroksi benzoate dan vanilat asid) triterpenoid, alkaloid, saponin dan tannin.
Tumbuhan ini bersifat dingin dan neutral. Khasiatnya antara lain ialah antineoplastik, menurunkan panas badan, mengobati sakit limpa, sakit ginjal, sakit kulit,  menurunkan tekanan darah, menurunkan gula darah, antimicrobial, antikarsinogenik, sitotoksik terhadap sel kanser, hipertensi, stroke, penyakit jantung, kolesterol tinggi, diabetes, gangguan lambung, radang pita suara, radang tengkuk, batuk dan sinusitis.


Cara Penggunaan

 
Untuk ubat  yang diminum, rebus 7 hingga 12 helai daun segar, sementara untuk pemakaian luar, giling daun segar hingga lumat dan tempelkan ditempat yang sakit. 







Berminat nak tanam pokok nie hubungi zack : 0122351623













3 comments:

  1. salam nak tanya, saya confius lah dulu masa saya ke cameron highland seorang cina bagi saya rasa daun sambung nyawa rasanya tawar dan sedikit berlendir. Tapi bila saya balik ke kampung tanya orang mereka bagi saya daun sambung nyawa rasa nya pahit.

    Yang mana satu yang betul? bentuk daun lebih kurang nak sama saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambung nyawa ada 2 jenis, sambung nyawa hijau dan sambung nyawa ungu, yang hijau rasanya tawar dan agak belendir sedikit. boleh makan buat ulam.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete