Wednesday, September 21, 2011

Limau Kasturi

Pokok limau kasturi.. banyak digunakan dalam masakan dan minuman, contoh : sambal belacan, mee goreng, cencaluk, teh 0 ais limau dan macam2 lagi lah..

Bukan setakat berguna dalam masakan je.. pokok nie ada khasiat yang tersendiri..

1. Hilangkan kesan minyak pada pakaian.
Amik sedikit garam, bubuh kat tempat yang kene minyak tu, pastu perahkan limau kasturi,
biarkan agak2 dalam 5,10minit, pastu basuh macam biasa. Insyaallah hilang nyer.

2. Menyembuhkan sakit tekak.
Campurkan perahan air limau kasturi dengan lada hitam, kacau hingga rata pastu minum.
Mampu menghilangkan lendir dan kahak. Kalau budak2 lada hitam tu tukar ngan madu,
Kang panas pulak badan diorang.. he..

3. Melegakan pening kepala.
Makan kulit limau nie mentah2.

4. Hilangkan bau pada badan.
Kalau minyak pun leh hilang, tak kan daki pun tak leh kot.. he.. orang tetua dulu2 selalu
amalkan mandi perah limau, gosok limau tu satu badan, dedulu mane de syampu, ha3x..
cara lain : makan kulit limau nie mentah2.

Dukung Anak


Nama pokok nie dukung anak, dalam bahasa saintifiknya adalah 'Phullanthus niruri Lin' , pandai2 la nak sebut cane .. Pokok nie sejenis tumbuhan tropika, kategori pokok herba, senang jumpa kat keliling rumah, Dulu aku tak tau pun pokok nie pokok ubat, dah tua nie baru tau.. :)
pokok nie dikatakan berguna untuk menyembuhkan sakit kencing manis, bronchitis, asma dan banyak lagi..

Selain tu anugerah alam nie juga berguna untuk pesakit Hepatitis B, kerana ia boleh membersihkan darah dalam badan.

caranya :

amik la daun dukung anak dalam 5 batang, lebih pun tak per, basuh bersih2 akar dia jangan buang, pastu blender kan sampai hancur betul.. tak cukup air tambah.. lebih tu boleh minum lagi..rase x la pahit mane pun tp mampu memualkan tekak. he..

Saturday, September 10, 2011

Potensi Peniagaan Produk Herba.


Pelbagai inisiatif telah dibuat oleh kerajaan Malaysia untuk mempromosikan pembangunan industri herba tempatan memandangkan potensinya yang amat cerah. Penjualan tahunan industri herba di Malaysia adalah RM2bilion, bagi pasaran global pula bernilai $12bilion.

10 herba yang berpotensi untuk dibangunkan adalah seperti berikut :

  • Tongkat Ali
  • Pegaga
  • Mengkudu
  • Dukung Anak
  • Kacip Fatimah
  • Halia
  • Misai Kucing
  • Hempedu Bumi
  • Mas Cotek
  • Limau Purut